Rabu, 12 November 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

RABU 12 NOVEMBER 2025

JANJI  SABAH


PRN SABAH
Nampaknya sedang hangat – tuduh menuduh – belot membelot – TAPI RASUAH cuba di tenggelamkan dalam kempen – Ini sebenarnya isu induk.

TAPI isu dana untuk Sabah jadi heboh – tak salah tapi ini cara Madafaka elak isu rasuah -  TAPI AWAS dari kenyataan Madafaka TIADAK ADA RAYUAN tentang dana Sabah -  kah kah kah .

Wahai warga Sabah – awas !!! hati hati nanti kena kencing _ Anwar Ibrahim ini penipu – cakap ini cakap itu – janji ini janji itu – Masa kempen cakap  TAK DA RAYUAN – lepas PRN – mari  bincang kah kah kah.

ANAK MUDA SABAH – dari apa yang di dengar mereka akan berkempen untuk NAPIKAN KAKI RASUAH – ertinya sapa ada kes rasuah – jangan di menangkan – INI BIJAK –

Satu Malaysia nak lihat apa yang akan di lakukan oleh warga Sabah – apa yang berlaku – keputusan dan apa saja – pasti akan pengaruhi politik seluruh Malaysia.

DOLAR – kah kah kah – Madafaka klim rinngit naik nilai berbanding dengan dolar – kah ka kah. Madafaka nak klim berjaya – kah kah kah –

Sebenarnya dua bulan dua gua dah tulis dan beri tahu kawan-kawan politik dolar akan turun nilai – ini perancangan Trump – gua minta mereka jangan heboh isu dolar -ringgit keran pasti nilai dolar akan jatuh.

Projek Trump ini untuk pastikan eksport Amerika akan lebih murah.

Madafaka marah kerana takda sapa ambil pot tentang isu ringgit -dolar ini – kah kah kah.

AMERIKA
Kapal Perang Amerika masuk ke Laut Carribbean – keadaan makin tegang – Venezuela  merasa perang akan sampai.

PAKISTAN
Bom Berani mati meledak depan Mahkamah di Islamabad.  Ragut 12 nyawa dan 27 cedera. Pakistan tuduh orang luar – pasti India.

FILIPINA
Jumlah mangsa dua taufan kini meningkat  menjadi  250 orang. Berjuta  warga  berpindah – dalam bahaya  banjir.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar sejuk. Matahari belum keluar. KL & KL Sentral cerah – angin kuat dan  hujan sekejap petang kemarin. Langir biru berawan putih.

Di bukit kiri Tok Tok Tok – di bukit kanan Kur Kur Kur – ini di pintu masuk – Kur Kur Kur suara Tekukur  tidak henti henti – pagi ini agak kuat – Tok Tok Tok puan bersuara kuat. Pipit hilang entah kemana. Tiong dala sawah rumput.

Dari jauh Siti dan Jantan Baik dah berlari datang bila mereka nampak gua – yang larian muncul sama  Pagi ini mereka dapat sarapan – Tapi ada Emak marah pada Puppy – mungkin bukan anak dia – Bila emak menjerit bersuara – Puppy  ketakutan – dan gua marah pada Emak.

Ha ha ha – Berjalan pulang Siti, Jantan Baik -d dah jadi kawan mesra – Malah gua lihat Jantan Baik pun mesra dengan Ezi – tapi Ezi dah berumur.

Ketika gua menulisi ini suara Tiong beramuk bising – bising di luar – mungkin ada  mesyuarat Tergempar kah kah kah

Hari ini  gua harap akan panas.  Tak Tak dah menjalar di Balkoni menunggu matahari. Jika petang hujan malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU

BRO
Kesulitan akan memaksa lu berfikir dan berubah.

BRO
Lu jangan lawan alam. Lu bersama alam lu akan selamat.

BRO
Hari ini pasang niat untuk kurangkan  pakai plastik. Amin

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: