Khamis, 20 November 2025

UKRAINE MENCARI JALAN PULANG



Zelenskiy ke Turkiye, hidupkan semula rundingan damai dengan Russia

ANKARA/KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy akan mengadakan rundingan di Turkiye hari ini sebelum bertemu pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) di Kyiv esok, dalam usaha terbaharu menghidupkan semula rundingan damai dengan Russia.

Sejak mesyuarat terakhir di Istanbul Julai lalu, tiada pertemuan bersemuka berlangsung antara Kyiv dan Moscow, manakala Russia terus meneruskan perang hampir empat tahun itu yang menyaksikan 19 orang terbunuh dalam serangan semalaman.

Usaha menghidupkan kembali rundingan damai dilihat semakin rancak, namun Moscow masih belum menunjukkan sebarang perubahan terhadap syarat-syarat yang ditetapkannya bagi menamatkan perang.

Russia turut meremehkan laporan media yang mendakwa AS sedang merangka pelan damai 28 perkara.

Mengumumkan lawatan ke Turkiye, Zelenskiy berkata beliau mahu 'menggiatkan semula rundingan' dan berbincang dengan Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan mengenai cara membawa 'keamanan yang adil' kepada Ukraine.

"Melakukan segala yang mungkin untuk mempercepat penamatan perang" adalah keutamaan utama Ukraine,"katanya merujuk kepada pertemuannya di Turkiye.

Turkiye, anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) masih mengekalkan hubungan rapat dengan kedua-dua pihak, menjadi tuan rumah rundingan damai pertama pada minggu-minggu awal pencerobohan 2022, satu-satunya rundingan sehingga tahun ini apabila Presiden AS, Donald Trump melancarkan usaha baharu menamatkan konflik.

Kremlin memaklumkan wakil Russia tidak akan terbabit dalam rundingan itu, namun Presidennya Vladimir Putin terbuka untuk berbincang dengan AS dan Turkiye mengenai hasil pertemuan berkenaan.

Semalam, laporan Axios mendakwa Washington sedang merangka peta jalan untuk menamatkan perang melalui perbincangan dengan Russia.

Ditanya mengenai laporan itu, jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata, tiada perkembangan baharu mengenai cadangan damai sejak Putin dan Trump mengadakan sidang kemuncak di Alaska pada Ogos lalu.

"Setakat ini, tiada perkara baharu yang boleh dilaporkan," katanya.

Seorang pegawai kanan Ukraine pula memberitahu Kyiv menerima 'isyarat' berkaitan satu set cadangan AS yang dibincangkan dengan Russia, namun menegaskan Ukraine tidak terbabit dalam penyediaan cadangan berkenaan.

Putin menetapkan syarat terasnya pada Jun 2024, menuntut Kyiv menolak rancangan menyertai pakatan tentera NATO yang diketuai AS serta mengundurkan kembali tenteranya dari empat wilayah yang didakwa Moscow sebagai milik Russia.

Moscow masih belum menunjukkan tanda ia akan menurunkan mana-mana tuntutan itu, manakala Ukraine menegaskan pihaknya tidak akan menerima syarat berkenaan.

Delegasi AS yang diketuai Setiausaha Tentera Darat, Dan Driscoll kini berada di Kyiv bagi menjalankan 'misi pengumpulan maklumat', menurut kedutaan AS di Kyiv.

Ketua Pegawai Tentera Darat, Jeneral Randy George turut bersama delegasi dan kedua-duanya dijadual bertemu Zelenskiy esok, menurut seorang sumber kepada Reuters.

Sumber dari Turkiye berkata Utusan Khas AS, Steve Witkoff, mungkin turut mengunjungi Turkiye, namun tiada pengumuman rasmi dibuat pihak AS.

Sumber lain dari Kementerian Luar Turkiye berkata pegawai Turkiye hanya akan bertemu Zelenskiy dan Witkoff dijangka tidak terbabit dalam pertemuan di Ankara.

Usaha Trump untuk menjadi perantara penamatan perang setakat ini tidak berjaya dan beliau bulan lalu membatalkan secara tiba-tiba sidang kemuncak yang dirancang bersama Putin di Budapest.

Kekuatan tentera Russia kini menguasai kira-kira 19 peratus wilayah Ukraine dan terus mara ke hadapan dengan kerap menyerang infrastruktur tenaga Ukraine menjelang musim sejuk.

PERANG DAH

MASUK 4 TAHUN

AMIN

UKRAINE JADI

BUDAK BANGKAI

AMERIKA EROPAH

AMIN

3 TAHUN DULU

SEPATUTNYA

PERANG TAMAT 

BILA TURKI JADI

ORANG TENGAH

AMIN

AMERIKA & EU

SAILANG

AMIN

UKRAINE JADI

MANGSA

KHALAS

Tiada ulasan: