Sabtu, 15 November 2025

UMNO DAN PKR MULA BERGADUH


𝐔𝐌𝐍𝐎 𝐒𝐢𝐩𝐢𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐨𝐢𝐤𝐨𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐏𝐊𝐑 𝐝𝐢 𝐃𝐔𝐍 𝐒𝐢𝐧𝐝𝐮𝐦𝐢𝐧
KUALA LUMPUR, 14 NOV 25 – Umno Bahagian Sipitang mengambil pendirian tegas apabila memutuskan tidak akan memberikan sebarang kerjasama kepada calon PKR-PH yang bertanding di kerusi DUN Sindumin.

Keputusan itu dicapai sebulat suara dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Umno Bahagian Sipitang, dipengerusikan sendiri Ketuanya, Abd Rahman Mohd Noh, susulan pengumuman calon Umno Sabah pada 9 Nov lalu.

Menurut Abd Rahman, Umno Sipitang berdukacita kerana kerusi Sindumin tidak diberikan kepada calon Umno-BN, sedangkan bagi DUN Lumadan, parti itu menampilkan k Mohd Nazri Abdullah sebagai calon rasmi BN.

Sehubungan itu, Umno Sipitang akan memfokuskan sepenuhnya jentera untuk membantu kemenangan calon parti di Lumadan.

Bagaimanapun, tegasnya, Umno Sipitang tidak akan bekerjasama dengan PKR-PH di Sindumin, selaras dengan Perlembagaan Umno Perkara 20.11 dan 20.13 yang melarang bantuan kepada individu yang pernah mengkhianati dan dipecat daripada parti.

Dalam langkah drastik, Abd Rahman turut mengumumkan penutupan serta-merta 17 Bilik Gerakan di kawasan DUN Sindumin.

Beliau turut menegaskan jentera BN di kawasan itu tidak dibenarkan sama sekali digunakan oleh mana-mana parti lain untuk tujuan kempen.
“Keputusan ini dibuat bagi mempertahankan maruah dan perjuangan Umno di Sipitang,” katanya.  Politiko.my

DUA PARTI LANUN

MULA BERGADUH

SESAMA SENDIRI

KAH KAH KAH

GADUH JANGAN

TAK GADUH

AMIN

RAKYAT SUKA

KERANA DUIT

AKAN DI TABUR

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gaduh hadhari dan madani hehehe ketuanan lawan madani reformasi tapi x lah mcm afghan - pakistan!!!