Khamis, 18 Disember 2025

BERIBU MAYAT BELUM DI TEMUI DI GAZA


Jasad 30 sekeluarga ditemui di bawah runtuhan di Gaza

GAZA: Pasukan Pertahanan Awam Gaza pada Selasa menemukan 30 jasad daripada satu keluarga yang sama di bawah runtuhan rumah mereka di bahagian barat Bandaraya Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Mangsa adalah ahli keluarga Salem, yang terkorban pada 19 Disember 2023 dalam serangan udara Israel ke atas rumah mereka di kawasan kejiranan al-Rimal di Bandaraya Gaza, menurut Pertahanan Awam dalam satu kenyataan.

Seramai 60 ahli keluarga itu dipercayai maut dalam serangan berkenaan.

Rumah itu adalah lokasi pertama yang dimasukkan dalam kempen terancang dilancarkan oleh Pertahanan Awam bagi mencari ribuan rakyat Palestin dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang musnah di Semenanjung Gaza.

Operasi mencari akan diteruskan menggunakan peralatan terhad, termasuk sebuah jentera pengorek, bagi mengeluarkan jasad dari runtuhan, menurut agensi itu.

Israel telah membunuh hampir 70,700 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 yang lain di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023

AL-FATIHAH

BERIBU MAYAT

YANG MASIH

BELUM DITEMUI

AMIN

Tiada ulasan: