Pegawai polis didakwa cabul isteri tahanan
KOTA BHARU: Seorang pegawai polis disiasat selepas dipercayai mencabul wanita dalam sebuah kereta di Pasir Mas, Rabu minggu lalu.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa dikatakan menghubungi pegawai polis narkotik berkenaan untuk bertanyakan status suaminya yang ditahan berkaitan kes dadah.
Sebaik dihubungi, pegawai polis itu dikatakan mengajak wanita terbabit bertemu di sekitar bandar Pasir Mas sebelum didakwa mencabulnya dalam sebuah kereta.
Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat ketika ditemui, mengesahkan kejadian dan memaklumkan pegawai polis terbabit berusia 30-an, manakala mangsa berusia 20-an.
"Wanita itu isteri kepada tahanan dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 345 Kanun Keseksaan," katanya.


2 ulasan:
Only in kelante.
Inilah sebabnya negara susah maju, cakap merdeka tetapi dijadikan hamba abdi jelas, paksa cukai paksa peraturan paksa undang undang penjajah sampai akta penjajah 1948 masih pakai kah kah kah lepas tu cakap tidak hormat bahasa Melayu? Hang pun pakai undang undang British woit undang undang penjajah lawak kampus jilat sekarang ini pdrm sprm LHDN semua jadi barua woit lagi lama semakin kurap kayap kah kah kah kah
Catat Ulasan