Jumaat, 12 Disember 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

JUMAAT 12 DISEMBER 2025

152 – 153


ESOK 153
Sabtu 13 Disember 2025 Bani Melayu akan berhimpun bincang Fasal 153 dalam Perlembagaan.  FASAL 153  adalah fasal Hak Bani Melayu yang tertulis dalam Perlembagaan Tanah Melayu.

Inggeris bijak nama Tanah Melayu di ubah jadi Malaya – yang tidak ada makna apa-apa – kemudian bawa PENDATANG dari China dan India  - nama Tanah Melayu tenggelam.  

ESOK Bani Melayu nak berhimpun BUKAN DI JALAN RAYA tapi dalam Dewan yang bersejarah – DEWAN INI ADALAH DEWAN PERTAMA  PARLIMEN TANAH MELAYU BERSIDANG.

FASAL 152
Jangan lupa SEJARAH 152 – ini fasal Bahasa Melayu -  Pada 3 Mac 1967 – Bani Melayu telah berARAK dan berdemo  menuntut FASAL 152 jangan di ganggu gugat.

TAK SUKA BAHASA MELAYU SILA TINGGALKAN TANAH MELAYU – ini slogan hari itu – Kali ini 152 mula di gugat kembali – apakah kita akan laungan slogan  yang sama.

Jangan Lupa KERANDA 152 di pimpin oleh aktivis  bahasa dan Usman Awang  - Ini berlaku pada  tahun 1967 – dua tahun sebelum MEI13 – Amin.

KES INDIA DI TEMBAK MATI
Ini kes besar – mati di tembak polis – ada bukti dari pita rakaman talipon. Rakaman ini telah di berikan kepada  PDRM untuk jadi bahan BUKTI.

JANGAN TERPERANJAT – jika rakaman ini akan di dapati di makan lipas – kah kah kah.

ALBERT TEI
Lelaki PEMBERI RASAUH ini  amat berani. Sosok ini bangun melawan  Madafaka Anwar bin Ibrahim.  TAPI AWAS JANGAN  TERPERANJAT jika satu pagi akan di jumpai GORENG PISANG dalam kereta Mamat ini – kah kah kah.

VENEZUELA
Di ramalkan dalam masa tidak lama lagi Trump akan arah soldadu Amerika masuk menyerang Venezuela.  Atau Presiden Maduro mati kena tembak.

UKRAINE
Amerika mahu Ukraine berundur dari wilayah Donbas sebagai jalan damai.  Wilayah ini telah memilih untuk menjadi sebahagian dari Rusia.

SIAM
Perdana Menteri Siam bubar parlimen. Pilihan raya akan diadakan secepat mungkin. Ini kerana perang sempadan dengan Kemboja semakin merebak.

AMERIKA
Trump  lantik Jeneral Amerika untuk jadi Ketua Pasukan Keselamatan di Gaza.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar.   Matahari dah keluar bersinar indah. KL & KL Sentral berjerebu nipis. Langit biru berawan putih. Kemarin tak hujan.

Ha ha  - hari ini EZI buat tak malu – kencing tepi pintu lif. Ini kerana Ezi dah jadi warga emas  sering kencing  tidak terkawal.

Di Pintu Masuk Jantan berkokok- dari Pokok Tinggi How  Wow melaung. Dari bukit Tekukur berlaku. Dalam sawah rumput dekat Pintu Masuk Cengkerik bersimponi -  ha ha – Pagi ini pagi yang idah.

Jantan Baik datang  menyambut – bergurau dengan Tak Tak – gua  letak makan – semua gumbira – tapi Puppy tak cukup 6 ekor – mana merantau gua tak tahu.

Kumpulan Pendatang Kwantung menyalak – Tak Tak sebagai Taiko pergi hadapi  4 ekor yang buat bising ini – kah kah kah.

Pagi ini di Wakaf Tiga gua bersenam – berjalan pulang menikmati cahaya suria pagi.

Hari ini akan  panas – gua harap hujan tak mari. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
JUMAAT

BRO
Bunga dedalu jatuh di pohon
Pucuk peraga ulam di rasa
Bani Melayu akan berhimpun
Jaga negara jaga bahasa

Angin bayu membawa segar
Dahan bidara patah  tersadai
Bani Melayu semakin sedar
Pertahan negara jangan tergadai

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT



 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan nama tanah ni selepas merdeka adalah persekutuan tanah melayu ? sebelum merdeka adalah malaya.. selepas bergabung dengan borneo + singapura maka jadilah Malaysia.. kan ?

andai kalau sabah sarawak keluar malaysia.. maka tanah ini akan kembali semula kepada persekutuan tanah melayu.

ada orang panggil lagi ke Malaya ? Malaysia ? Malay, melayu, sia,tanah

terima kasih umno..