Selasa, 6 Januari 2026

MASA DAH SAMPAI UNTUK BERTINDAK !!!


Bekas brigedier: Mustahil CO tak tahu ‘parti yeye’ dalam kem

Angkatan Tentera perlu meletakkan tanggungjawab ke atas pegawai pemerintah atau commanding officer (CO) sekiranya pesta liar dikesan berlaku di kem tentera di bawah kawalan mereka.

Menurut brigedier jeneral bersara tentera darat Mohd Arshad Raji, adalah sesuatu yang “hampir mustahil” bagi CO, tidak mengetahui aktiviti sedemikian yang berlaku dalam unit mereka.

“Saya salahkan pemimpin la, siapa ketua dia? Dia buat endah tak endah (terhadap aktiviti sebegitu).

“Salahkan pemimpin adalam unit siapa dia? Silap-silap dia pun sama buat kerja macma ni.

“Takkan dia tak tahu? Mustahil dia tak tahu.

Mohd Arshad Raji

“Mesti tahu. Kita mesti tahu. Kalau tak tahu bodoh dia punya CO tu. Sebagai CO, kamu mesti tahu segala-galanya. Mustahil kamu tidak tahu. Ini saya salah ketuanya, tangkap ketua dia dulu,” katanya dalam temu bual telefon.

Malaysiakini menghubungi Arshad, yang bersara pada 1998 selepas 32 tahun berkhidmat, untuk mendapatkan pandangannya susulan skandal terbaru yang melanda Angkatan Tentera.

Ia susulan mesej tular di media sosial yang mendakwa pegawai tentera menjalankan aktiviti tidak bermoral di dalam kem, termasuk membawa masuk pekerja seks ke dewan makan pegawai untuk diadakan pesta liar.

Turut didakwa ialah pegawai bawahan dipaksa menyediakan minuman beralkohol dan pekerja seks untuk pegawai berpangkat lebih tinggi.

Arshad menambah, semasa zamannya berkhidmat dahulu, memang ada majlis dianjurkan untuk pegawai tentera.

Namun katanya, majlis tersebut hanya melibatkan pegawai dan keluarga mereka dengan tujuan mengeratkan hubungan sesama anggota.

“Nak buat parti dalam mes tak salah, tapi buat cara betul la, cara terhormat, macam ni tak kena la, tak betul.

“Jangan jadikan mes tu whore house (rumah pelacuran). Tak boleh,” tegasnya.

‘Parti yeye’ isu lama

Sementara itu, berdasarkan maklumat daripada sumber, difahamkan budaya pesta liar yang dikenali dalam kalangan anggota tentera sebagai ‘parti yeye’ merupakan isu lama yang telah menghantui Angkatan Tentera.

Ini di sebalik tindakan pihak tentera yang telah mengharamkan pengambilan alkohol dan aktiviti berkaitan di dalam kem sejak 1998.

Angkatan tentera juga mempunyai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat), yang ditugaskan menganjurkan aktiviti bagi memperkukuh nilai dan disiplin anggota Muslim selaras dengan ajaran Islam.

Satu sumber memberitahu Malaysiakini bahawa sejak Kagat ditubuhkan pada 1985, terdapat banyak penambahbaikan terhadap keadaan serta nilai umum anggota Muslim dalam perkhidmatan.

Namun, sumber itu mengakui budaya ‘yeye’ masih wujud hingga hari ini, dan sukar ditangani oleh Kagat jika aktiviti tersebut melibatkan pegawai berpangkat tinggi.

Walaupun Kagat boleh memanggil anggota atau pegawai yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, menyediakan laporan serta mencadangkan tindakan tatatertib, keputusan hukuman hanya boleh dibuat oleh CO atau jeneral.

“Tetapi kadang-kadang, CO atau ‘panglima’ sendiri yang menganjurkannya…,” kata sumber itu, yang enggan namanya didedahkan.

“Bagaimanapun, keadaan sekarang jauh lebih baik. Hari ini ramai panglima yang baik dan berpegang kepada agama,” tambahnya.

Semalam, Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata ia telah mengarahkan Angkatan Tentera menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan aktiviti tidak bermoral di dalam kem tentera.

“Sekiranya dakwaan tersebut didapati benar, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang terlibat mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada,” kata kementerian itu.

KAH KAH KAH

HANCUS

MANCUS

AMIN

NEGARA DI GADAI

KEPADA ZIONIS

AMERIKA

AMIN

KETUA TENTERA

 MAKAN RASUAH

AMIN

PELACUR

MEMBURIT DALAM

KEM ASKAR

KAH KAH KAH

OH ! MALYASIAKU

DAH SAMPAI MASA

HUMBANKAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa ini keno pakat mandi bungo belako ko?

Semua berita sedih akhir 2025, awal 2026 le:

a. Turun MB PAS Melayu Isle
b. Melayu Isle tebuk atap Melayu Isle
c. Turun Melayu Isle BERSATU dari PN
d. Melayu Isle PAS derhaka kepada Raja
e. Melayu Isle PAS toksir ngelok jadi ketua PN
f. Last last Cina Kafir GELAKAN jadi ketua PN PAS
g. Melayu Isle nak tebuk atap Sheraton Move PMX mampuih lagi!
h. PMX lancar 2026 dgn 5 Usul Reformasi