Foto pertemuan bersama Muhyiddin perkuat spekulasi Samsuri Pengerusi baharu PN
KUALA LUMPUR: Foto pertemuan bekas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin bersama Naib Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang disertakan dengan status 'Alhamdulillah, insya-Allah' menguatkan lagi spekulasi mengaitkan Menteri Besar Terengganu itu antara calon tersenarai bagi jawatan Pengerusi PN.
Foto terbabit dimuat naik Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman menerusi Facebook, hari ini.
Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok ketika dihubungi BH, mengesahkan pertemuan antara Muhyiddin dan Ahmad Samsuri dibuat atas mandat diberikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
"Ya, Dr Sam bertemu Muhyiddin Yassin atas mandat daripada Tuan Guru Presiden.
"Ia 'casual meeting' (mesyuarat biasa) memandangkan Muhyiddin baru pulang dari luar negara," katanya kepada BH.
Mohd Syahir bagaimanapun tidak mengesah atau menafikan ketika ditanya sama ada pertemuan itu berkait dengan spekulasi pencalonan Ahmad Samsuri menggantikan Muhyiddin bagi jawatan Pengerusi PN.
Beliau turut memaklumkan mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat, namun tidak memperincikan mengenainya.
Sebelum ini, Abdul Hadi mengesahkan parti itu akan menerajui PN susulan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai pengerusi berkuat kuasa Khamis lalu.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, mesyuarat mengenai calon Pengerusi PN yang baharu dijangka diadakan tidak lama lagi dan turut dihadiri pemimpin BERSATU.
Dua nama dicadangkan PAS setakat ini iaitu timbalan presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahmad Samsuri.
Selain PAS, Timbalan Presiden BERSATU, Hamzah Zainnuddin turut disebut antara calon mengetuai PN.


1 ulasan:
apa ini keno pakat mandi bungo belako ko?
Semua berita sedih akhir 2025, awal 2026 le:
a. Turun MB PAS Melayu Isle
b. Melayu Isle tebuk atap Melayu Isle
c. Turun Melayu Isle BERSATU dari PN
d. Melayu Isle PAS derhaka kepada Raja
e. Melayu Isle PAS toksir ngelok jadi ketua PN
f. Last last Cina Kafir GELAKAN jadi ketua PN PAS
g. Melayu Isle nak tebuk atap Sheraton Move PMX mampuih lagi!
h. PMX lancar 2026 dgn 5 Usul Reformasi
Catat Ulasan