PAGI INI
PAGI INI
SELASA 6 JANUARI 2025
KOKAIN
MADURO DI MAHKAMAH
Senin 5 Januari 2025 di New York Presiden Maduro dan Isteri di bawa ke mahkamah. Tuduhan seludup KOKAIN ke Amerika.
Ini tuduhan karut.
Kenapa Venezuela di serang dan Maduro di culik jawabnya ialah BAHAN BAKAR PETROL. Dunia mengetahui bawa dalam bumi Venezuela ada 303 bilion tong bahan bakar minyak petroleum.
MINYAK DI VENEZUELA lebih banyak dari yang tersimpan dalam perut bumi Saudi Arabia dan Iraq. Inilah punca serangan Amerika.
Trump adalah lanun. Trump jujur sekali mengatakan bahawa Amerika mahu minyak. Trump TIDAK BERSELINDUNG di belakang tabir DEMOKRASI atau HAK ASASI.
Trump JUJUR tunjuk taring penjajahan bentuk baru.
PERJANJIAN ANWAR-TRUMP 2025 – membawa niat yang sama. Anwar bin Ibrahim ikut perintah Trump tidak seperti Maduro – bangun melawan.
Hasil sama – Amerika mahu bahan galian yang ada dalam perut bumi Venezuela.
Amerika mahu bahan galian yang ada dalam perut bumi Malaysia. Amin
HOKKIEN
Pagi ini cerah sejuk segar. Kemarin hanya renyai-renyai. Langit pucat muda. Matahari belum bersinar. KL & KL Sentral cerah.
Awalnya – Hokkien agak sunyi – Gua tak nampak apa pun – hanya deraman mesin potong rumput.
Tertiba dari atas bukit turun Siti Jantan Baik dan sanak saudara. Ha ha – mereka dapat nasi dan serbuk tulang bercampur buah labu rebus. Mereka makan gumbira.
Kelihatan Puppy dah semaikan membesar – Siti dan Puppy Itam segar. Siti bergurau dengan Tak Tak.
Kemudian mereka ikut gua berjalan ke Wakaf Tiga – tapi hanya ikut setengah jalan kecuali Jantan Baik dan Siti.
Di dalam belukar gua dengar suara Tiong – tak dengar suara yang lain
Berjalan pulang kami sampai kembali ke Wakaf Satu – sekali lagi gua beri makanan – kali ini Friskies – gua tabur di atas jalan raya.
Pagi yang gumbira ialah melihat Siti dan Keluarga enjoi de menjoi menikmati makanan.
Gua rasa hari ini seperti kemarin juga akan panas hingga ke petang. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SELASA
BRO
Lu jangan beri masa pada Mat Ngok untuk buang masa lu. Sekali ok kerana tak tahu. Jangan ada Kedua.
BRO
Lu akan kenali sapa kawan dan sapa Mat Ngok. Lihat sikap mereka bila mereka tak dapat apa yang dia pinta dari lu.
BRO
Lu tak perlu nak gembirakan hati semua orang. Lu hidup untuk kebahagiaan diri lu. Tak perlu mendapat kebenaran dari sesiapa. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA



Tiada ulasan:
Catat Ulasan