PAGI INI
PAGI INI
AHAD 25 JANUARI 2026
DAVOS
ARAHAN BARU DUNIA
Persidangan DAVOS di Switzerland dah selesai. Macron dari France Mark Carney dari Canada bersuara menentang Trump. Ini persidangan para GLOBALIS dan PEMODAL DUNIA termasuk TRUMP.
NOTA : Kini WEF – World Economic Forum di ambil alih oleh LAURENCE D FINK – sapa malaon ini ?
FINK ialah CEO BLACKROCK seorang Zionis penyokong tegar Israel – BLACKROCK Pembekal senjata utama untuk Israel. BLACKROCAK pemilik 39 lapangan terbang kita
Di Davos para Globalis sedang merancang untuk mendirikan NEW WORLD ORDER – Arahan Dunia Baru – untuk memastikan sistem ekonomi KAPITALIS terus mengawal dunia.
PBB UNITED NATIONS yang di dirikan pasca Perang Dunia Ke Dua semakin retak dan akan runtuh. Di Davos Trump umumkan organisasi baru. Awalnya menyamar untuk KEAMANAN GAZA kini dah jadi lain.
BOARD OF PEACE atau LEMBAGA KEAMANAN organisasi baru ini. Sebanyak 35 negara dah nak masuk badan ini TERMASUK JENERAL PRABOWO dari Jakarta.
Trump menjadi CEO kepada lembaga ini. Setiap ahli negara yang bersetuju wajib membayar 1 bilion dolar sebagai yuran masuk.
APA TUJUAN – Lembaga Keamanan ini ?
Ini adalah rancangan Trump untuk terus mendominasi dunia. Tiga tahun dari sekarang Trump bukan lagi Presiden tapi dia masih mahu mendominasi dunia ini.
Lembaga ini ini di jadikan seperti SYARIKAT dan Trump menjadi Towkay Besar.
HARI INI Trump telah membawa Amerika untuk meninggalkan 66 BADAN INTERNASIONAL – yang bersangkutan dengan Perjanjian. KELUAR ATAS alasan nak selamat dana Amerika atau organisasi ini tidak mengikut arah kepentingan Amerika.
Amerika telah keluar dari WHO – Lembaga Kesihatan Dunia – PBB.
Kita lihat dan tunggu apa perkembangan seterusnya. Maharaja Trump sedang menghuru harakan dunia. Biarkan. Biarkan.
HOKKIEN
Pagi cerah sejuk berangin. Matahari dah keluar. Cahaya masih muda. Langit biru muda. KL & KL Sentral cerah.
Suara How Wow sayu jauh kedengaran. Terkukur berlagu dari atas bukit. Tuk Tuk Tuk – tak henti- henti – dari dalam hutan belukar.
Belum sampai ke Wakaf Pertama gua nampak Siti adik beradik datang berlari. Jantan Baik pun ada. Gua beri nasi untuk mereka.
Bila gua berjalan ke Wakaf Ke3 Siti ikut sama mengekor Tak Tak. Pagi ini Siti terjumpa lagi sebiji kuih Apam – di gonggong di bawa ke Wakaf Pertama. Bila gua nak beri hati Siti tinggalkan Apam – mungkin dah keras kerana berpanas.
Gua tabur Friskies – gua terlihat dua ekor Tiong datang sama nak merasa Friskies. ( Perhatian gambar dengan teliti akan nampak dua Tiong )
Hari ini akan panas,. Tak Tak dah menjalar di balkoni mandi cahaya. Ketiak gua menulis suara How Wow dari belakang dapur.
Jap lagi gua nak BALIK KAMPONG – gua di beri tahu Rambutan masih ramai – Manggis sedang menghitam dan durian dah gugur. Aduh ! Nasib baik kampong di Jelebu – tak jauh dari KL – tak perlu berkereta berjam-jam. Amin.
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT AHAD
DENGAN SENYUMAN
BRO
Alam ini bukan hanya milik kita manusia – alam ini adalah milik untuk semua - yang hidup.
BRO
Lu lihat sungai – lu ikut perangai sungai – mengeluarkan idea tak putus-putus.
BRO
Lu lihat pokok kayu menjalani hidup. Tegak tegar menghadapi semua keadaan cuaca. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI



Tiada ulasan:
Catat Ulasan