Ahad, 25 Januari 2026

RIBUT SALJI TANDA PEMANASAN DUNIA




15 negeri AS, Washington isytihar darurat menjelang ribut musim sejuk


WASHINGTON: Jutaan penduduk di Amerika Syarikat (AS) menghadapi keadaan darurat ketika sebahagian besar negara itu bersiap sedia menghadapi ribut musim sejuk terbesar pada hujung minggu ini, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kesan ribut yang berpotensi melakar sejarah itu dijangka dirasai dari barat daya hingga timur laut, bermula hari ini.

Setakat ini, darurat telah diisytiharkan di Alabama, Arkansas, Georgia, Kansas, Kentucky, Louisiana, Maryland, Mississippi, Missouri, New York, Carolina Utara, Carolina Selatan, Tennessee, Texas, Virginia dan ibu negara Washington DC.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) menyatakan salji lebat dijangka melanda dari Oklahoma di Midwest hingga selatan Maine di Timur Laut.

"Hujan sejuk beku dan slit yang meluas" turut dijangka berlaku di seluruh wilayah Selatan dan Tenggara negara itu.

"Ribut ini akan menyebabkan pengumpulan ais yang signifikan hingga berpotensi membawa bencana , dengan risiko gangguan bekalan elektrik dalam tempoh lama, kerosakan pokok yang meluas serta keadaan perjalanan yang sangat berbahaya atau tidak dapat dilalui," menurut NWS di platform X.

Stesen penyiaran ABC melaporkan lebih 2,000 penerbangan hari ini di dalam, ke atau keluar negara itu dibatalkan susulan ribut yang bakal melanda.

Di Washington DC, Datuk Bandar Muriel Bowser memberi amaran ibu negara itu dijangka dilanda ribut musim sejuk terbesar dalam sedekad, dengan pengisytiharan darurat beliau dijadual bermula pada tengah hari ini dan kekal berkuat kuasa sehingga Selasa.

Sekurang-kurangnya 23 sentimeter (cm) salji dijangka turun di Washington DC dengan beberapa model ramalan menunjukkan lebih 30 cm.

Pengumpulan salji dijangka bermula Sabtu malam dan berterusan hingga Ahad ketika suhu menjunam.

Presiden AS, Donald Trump memberi amaran "gelombang sejuk terburuk pernah direkodkan" dijangka melanda puluhan negeri AS.

TANDA DUNIA

MAKIN PANAS

AMIN

HUJAN TURUN

BAWA BAJIR

TANAH RUNTUH

AMIN

PANAS SAMPAI

HUTAN TERBAKAR

AMIN

SEJUK  SAMPAI

RIBUT TAUFAN

SALJI

KHALAS

Tiada ulasan: