YA AMPOOON
SELANGOR
BERSIH TANPA
LADANG BABI
AMIN
BANYAKKAN
KOLAM IKAN
KOLAM UDANG
TERNAK AYAM
TERNAK ITIK
TERNAK ARNAB
KHALAS
Sultan Sharafuddin tak perkenan ternak babi di Selangor
Dalam kenyataan dikeluarkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani, dia memaklumkan Sultan Sharafuddin berpendapat kegiatan penternakan babi boleh menyebabkan pencemaran udara dan sumber air.
Mengambil contoh cadangan penternakan babi di Bukit Tagar di Hulu Selangor, pihak istana berpendapat kawasan itu mempunyai penduduk Melayu yang ramai dan mereka pasti membantahnya.
Di samping itu, kata Mohamad Munir, pihak istana berpendapat ia boleh mengakibatkan pencemaran kepada kawasan tadahan air dan juga sungai yang membekalkan sumber air bersih kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Dalam hal ini, walaupun pencemaran udara dan sungai boleh diatasi dengan kaedah penternakan moden, ia memerlukan perbelanjaan yang besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh mana-mana pihak yang menternak hanya untuk bekalan daging babi di Selangor sahaja.
"Tambahan pula tiada jaminan bahawa penternakan moden tidak akan menyebabkan pencemaran air di kawasan tadahan air serta sungai yang menjadi punca air bersih kepada penduduk di Lembah Klang," katanya.
Pihak istana juga berpendapat penternakan babi berskala besar atau kecil tidak sesuai dilaksanakan di Selangor kerana sumber tanah yang terhad, ditambah pula dengan faktor nilai hartanah yang tinggi.
Keadaan itu, kata Mohamad Munir, menjadikan kawasan yang ada digunakan untuk tujuan yang lebih ekonomi dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.
"Justeru baginda menyarankan agar kerajaan memberi lesen pengimportan daging babi bagi menampung permintaan dan keperluan orang bukan Islam khususnya kaum Cina di Selangor saja.
"Dengan kaedah ini, ia bukan sahaja dapat menyelesaikan isu penternakan babi yang sudah lama berlaku, malah pada masa sama kerajaan negeri boleh mengoptimumkan penggunaan tanah bagi tujuan lain seperti pembangunan dan petempatan," katanya.
Mengugas lanjut Mohamad Munir berkata, Sultan Sharafuddin menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang menyatakan ia tidak perlu dijalankan jika tiada mana-mana kawasan yang sesuai dikenal pasti.
Baginda juga, kata Mohamad Munir, menitahkan agar isu penternakan babi dapat dihentikan dan dimuktamadkan kerana ia menimbulkan keresahan kepada semua pihak, selain menjejaskan keamanan serta keharmonian masyarakat.
"Oleh itu semua pihak diseru untuk menghormati titah baginda dan bersama-sama menjaga perpaduan dan keharmonian masyarakat di negeri ini," katanya


1 ulasan:
banyakkan makanan majoriti orang makan.. kurangkan makan yang bawa penyakit berbahaya kepada manusia dan alam.. amin
Catat Ulasan