Selasa, 3 Februari 2026

HUMBANKAN PENGKHIANAT !!!


𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵-𝗞𝗮𝗹𝗶𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 : 𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽 𝗕𝗲𝗻𝗮𝗿, Anwar bin Ibrahim 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗣𝗲𝗴𝗮𝘄𝗮𝗶 𝗞𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗱𝗼𝗻𝗲𝘀𝗶𝗮? 
KUALA LUMPUR | 3 Feb 26 — Percanggahan kenyataan antara Anwar Ibrahim dan pegawai kanan kerajaan Indonesia mencetuskan persoalan serius mengenai status 5,207 hektar tanah di sempadan Sabah–Kalimantan, sekali gus membangkitkan kebimbangan berkait kedaulatan negara.

Orang ramai bertanya  siapa sebenarnya bercakap benar, apabila Anwar bin Ibrahim menafikan dakwaan kononnya wilayah Malaysia telah dimasukkan ke dalam Indonesia dan menyifatkannya sebagai fitnah, namun video tular menunjukkan Setiausaha Badan Nasional Pengelola Perbatasan (BNPP) Indonesia, Komjen Pol Makhruzi Rahman, menyatakan secara terbuka bahawa wilayah Malaysia telah masuk ke Indonesia dengan keluasan yang besar.

“Rakyat berhak mengetahui kedudukan sebenar berdasarkan fakta sahih, bukan sekadar kenyataan politik,” kata Ketua Penerangan Parti PUTRA, Shahrulufti Sharif.

Menurutnya, kenyataan terbuka oleh pegawai kanan Indonesia itu bukan bersifat spekulatif atau laporan media sosial semata-mata, sebaliknya datang daripada institusi rasmi yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal sempadan negara Indonesia.

Justeru, percanggahan ini disifatkan sebagai krisis kepercayaan yang serius terhadap penafian kerajaan Malaysia.

“Percanggahan ini menimbulkan persoalan besar: siapa yang bercakap benar? Rakyat berhak mengetahui kedudukan sebenar berdasarkan fakta sahih, bukan sekadar kenyataan politik. 

Sehubungan itu, PUTRA mendesak Kementerian Komoditi dan Alam Sekitar segera menjelaskan status sebenar tanah seluas 5,207 hektar yang dipertikaikan, selain menuntut Wisma Putra mendedahkan secara terbuka kedudukan rundingan persempadanan darat Malaysia–Indonesia.

Selain itu, Duta Besar Malaysia di Jakarta turut digesa membuat kenyataan rasmi bagi mengesahkan benar atau tidak dakwaan tersebut, agar media Indonesia tidak terus membentuk naratif sepihak yang merugikan Malaysia.

“Isu kedaulatan negara tidak boleh dikompromi. Penjelasan rasmi mesti diberikan segera supaya rakyat tidak terus dibebani ketidakpastian,” tegas beliau.

Anwar Ibrahim menolak keras tuduhan pembangkang bahawa kerajaan Malaysia telah menyerahkan lebih 5,000 hektar tanah di sempadan Sabah-Kalimantan kepada Indonesia, menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Dakwaan itu disuarakan sebelum ini oleh Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, yang menggesa supaya perkara tersebut dibahaskan di Parlimen kerana ia melibatkan kedaulatan negara. @politiko.my

SATU LAGI

JENAYAH 

DILAKUKAN

OLEH ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

PENJANJIAN 

ANWAR-TRUMP

KHIANATI NEGARA

AMIN

SEKARANG JUAL

TANAH PULA

AMIN

YANG PELIK

CUBA MENAFIKAN

KHALAS

Tiada ulasan: