PAGI INI
PAGI INI
SELASA 3 FEBRUARI 2026
HARI SURAT BERANAK
HARI INI PADA 74 TAQHUN DULU PADA 3 Februari 1951 - SURAT BERANAK GUA di keluarkan oleh Rumah Pasung Padang Lebar Kuala Pilah. Gua di rakam sebagai lahir pada tarikh ini.
Sebenarnya salah.
Yang buat laporan gua lahir inilah Zaleha Sidek – Emak gua – dia berbasikal dari Sekolah Tapak ke Padang Lebar untuk laporkan kelahiran gua.
‘ Dah bosar budak ni...agaknyo yo... ‘
Ini suara dari Mata-Mata bertugas di Rumah Pasung pada tengah hari itu. Mata-mata ini tahu sosok yang melapor itu ialah sosok yang melahirkan anak.
Ini surah yang saya dengar dari Emak gua tentang sejarah kelahiran gua. .
Hakikat gua dah lahir awal dari tarikh Emak gua ke Rumah Pasung. Hakikatnya 3 Februari 1951 BUKAN hari gua di lahirkan – ini fakta – Gua rasa gua lahir dalam bulan OKTOBER 1950 – bila? Hari mana? Hanya GURU NANAK YANG TAHU.
Gua lahir di zaman kolonial. Rumah Pasung masih ada OCPD Mat Salleh. Bapak gua jadi soljar – jadi bila gua lahir tak da sapa yang pergi lapur – bila Emak gua dah sihat – dah habis pantang - dia berbasikal ke Padang Lebar.
Justeru secara resmi gua di lahir pada 3 Februari 1951 – ini tarikh dalam Kad Pengenalan – ini tarikh dalam Pasport – tapi gua tahu ini BUKAN tarikh yang benar.
Gua tak pernah merayakan Hari Lahir. Budaya Melayu kaum keluarga di kampung gua tidak pernah merayakan Hari Jadi. Justeru sebagai penganut Budaya Melayu gua ikut sama. Amin
PENDATANG HARAM
Tiap hari gua baca Pendatang Haram kena tangkap - ada operasi ini dan itu. Mereka diserbu polis dan imigresen.
Gua tahu mereka datang nak cari kerja BUKAN nak buka GENG SCAM seperti Pendatang haram dari China Merah. Bangla, Indon, Patani, Myanmar – semua datang nak cari kerja – Ah Lan Wa Sah Lan – Selamat datng dari Gua.
Kini dah ada KARTEL TERSUSUN DENGAN HUBUNAGN DENGAN POLITIKUS dan penjawat awam. Ini industri menyeludup masuk pendatang. Dikatakan industri ini bernilai berbilion ringgit.
Tapi polis dan imigresen hanya tangkap Sang Pendatang – Datuk dan Datuk Seri yang mengatur dan menyusun penyeludupan ini BEBAS KAYA RAYA.
Pendatang ini bergadai bergolok untuk membayar KARTEL SELUDUP ini. Pendatang ini banyak yang kena tipu. Malah kerana mereka tidak ada status halal maka MEREKA AKAN TERUS KENA PAU – bayar sana bayar sini..
Bila di tangkap hantar ke kem tahanan. Untuk gua tangkap dan hantar ke kem – cara TIAK BIJAK - Pasti pakai DUIT KERAJAAN – beri makan dan pengawalan dalam kem. Justeru kita wajib kreatif dan memikirkan CARA TERBAIK – untuk mengendalikan Pendatang Haram ini.
Kita perlu tenaga mereka. Mereka bekerja membina negara Malaysia. Gua rasa berilah mereka status yang halal agar mereka tidak terus kena tipu da kena pau.
Mereka cari makan - tanpa tenaga warga asing Malaysia tak jadi Malaysia – dan hidup kita akan merosot. AMIN.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar sejuk. Angin kuat. Daun bertaburan di Le Chateau. Matahari dah bersinar. Langit biru indah. KL & KL Sentral cerah. Kemarin angin kuat hujan tak jadi.
Gua masuk gua dengar suara How Wow dari pokok tinggi atas bukit. Pagi ini gua dengar suara Tupai – orang kampung kata – TUPAI MENEGUR – bila Tupai nampak kita masuk ke hutan.
Gua masih menapak di lorong masuk – gua ternampak Emak di jalan – kemudian 4 Puppy muncul tapi Siti dan Jantan Baik tak kelihatan. Gua beri nasi.
Tiga Abang Potong Rumput sedang bekerja – wow – ramai Tiong loncat meloncat mencari rezeki. Wilayah yang di potong pagi ini adalah wilayah yang gua nampak ratusan Pipit – kini tempat rezeki Pipit dah jadi kawasan rumput pendek.
Tertiba Siti dan Jantan Baik muncul – mereka ikut gua ke Wakaf Tiga. Bila gua bersenam Siti rehat menunggu.
Kami pulang dan berhenti di Wakaf Pertama. Ramai sedang menunggu untuk mendapat Friskies. Pagi ini hanya saekor Tiong muncul – Isteri atau Suami tak kelihatan.
Hari ini pasti panas. Cahaya dah melimpah di balkoni. Hari ini masih hari cuti. Menyambut Hari Wilayah. Jika hujan petang malam sejuk enak. Amin
SENYUM
SENYUMLAH
SAMBUT PAGI SELASA
BRO
Lu relak lu tenang lu sabar lu akan gumbira bahagia.
BRO
Hati lu akan berasa tenang jika lu memiliki prasangka baik.
BRO
Dalam suasana hening lu akan temui ketenangan. Amin.
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI




Tiada ulasan:
Catat Ulasan