PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 12 FEBUARI 2026
BABI DAN KUIL
KUIL HARAM BABI PUN HARAM
KAH KAH KAH
Isu KUIL HARAM ini akan terus hangat. Ini kerana Bani Melayu dah lama sabar tentang hal kuil haram ini – lama sangat tak selesai selesai – MAKA DAH SAMPAI MASANYA PERKARA KUIL HARAM INI DI SELESAIKAN.
Cara selesai amat senang – JIKA TANAH ITU MILIK OORANG LAIN BUKAN MILIK KUIL – sila tutup kedai. Adalah salah duduk di tanah orang BERSELINDUNG ATAS NAMA AGAMA.
Dalam masa yang sama RUNDINGAN juga wajib di jalankan. Berbincang cari jalan terbaik – tak perlu gaduh – TAPI HAKIKATNYA JIKA KAMU DUDUK DI TEMPAT YANG BUKAN MILIK KAMU – maka kamu wajib CELAH .
Tanah DIA PUNYA – geran nama dia BUKAN NAMA KAMU – bila kamu duduk disana kamu jadi setinggan. KAMU TETAP SALAH.
MUSTAHIL lu boleh masuk Rumah Rosmah dan kemudian duduk disana buat macam rumah lu. Tambah katil – beli meja baru dan ajak geng datang lepak - Rosmah pasti marah kah kah kah.
TAPI AWAS ! Isu KUIL HARAM ini akan dijadikan agenda PRU16 – Gua tak tahu sapa yang akan untung. BINCANG BAIK BAIK .
HOKKIEN
Pagi ini sejuk berangin kuat. Matahari tidak bercahaya. Langit kelam pucat – kemarin hujan lebat. KL & KL SENTRAL berkabus nipis.
Di Bukit How Wow bersuara. Dalam sawah rumput Cengkerik bersimponi. Jauh gua dengar suara Tekukur.
Dari lorong masuk gua nampak Siti dan Keluarga datang berlari. Gua beri makan. Tertiba ada saekor Pendatang Baru agak agresif – nak BERSAMA makan tapi marah dengan yang lain - Tak Tak marah lalu menghambat Pendatang ini.
Gua sedar Tak Tak kini dah anggap Keluarga Siti anak beranak sebagai keluarga sendiri.
Di Wakaf Pertama bila gua tabur Friskies Tiong suami Isteri datang makan sama. Gua terfikir : mungkin ada makanan yang sesuai untuk Tiong di Hokkien.
Hari ini akan panas – matahari dah bersinar – jika petang hujan malam sejuk santai. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS
BRO
Kawan paling setia untuk lu bila berjalan ialah buku.
BRO
Kalau lu sunyi lu boleh baca buku – pilih apa saja – buku jenaka atau buku untuk berancuk – semua ada.
BRO
Bila lu baca buku maka lu tahu ada pelbagai perkara yang lu belum buat dan rasa nikmatnya. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA



2 ulasan:
Zaman kejatuhan bermula dengan menindas minoriti, dahulu kala Yahudi ditindas disepak diterajang oleh puak-puak Arab, kemudian Hitler membunuh kaum Yahudi lagi sampai menjadikan kaum Yahudi semakin cerdik lasak kuat sampai menggoncang dunia Arab, ini satu sejarah pengajaran, salah tetap salah tetapi dunia milik yang ada kuasa ada jawatan ada pingat pangkat kedudukan jadi apa saja kamu buat betul manakala golongan teraniaya akan terus melawan kembali, kejatuhan Anwar Ibrahim pada 1998 pun berpunca dari sebuah kuil Hindu di pulau pinang ingat lagi tak? Generasi muda tidak faham tetapi generasi tua akan faham jadi berhati-hati, lima negeri bungkus daripada BN pada 2008 selepas Hindraf memberontak kah kah kah cili padi power lagi kah kah kah sekadar mengingatkan sahaja woit
bicang baik2 macam mana. mintak alih cara baik tak alih. nak alih kena tunggu tanah kerajaan pampasan. kerajaan nak sakau tanah mana.. tak bagi undi lari..bagi undi lari. mintak tolong pbt.. pbt suruh tuan tanah selesai sendiri. bertahun2 tak selesai. tuan tanah naik menyampah. sudah jadi isu agama isu kaum..nasib ada satu budak beli backhoe. tuan tanah mintak tolong. 1 hari sudah setel..budak dengan tuan ranah masuk dalam. haram jadah.
kah kah kah
Catat Ulasan