Isnin, 30 Mac 2026

AKAN DIBEBASKAN?


KES BUNUH INI

AKAN 

DIBEBASKAN

AMIN

KERANA  PEMANDU

TIDAK SENGAJA

MABUK

AMIN

MACAM KES

BUNUH 8 BUDAK

MELAYU NAIK 

BASIKAL LAJAK

DI JAY BEE

KHALAS



Lelaki maut tercampak atas kereta selepas dirempuh pemandu mabuk


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas dirempuh pemandu kereta yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian pukul 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.

“Siasatan awal mendapati sebuah motokar jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 20-an dari arah Jalan Raya barat menghala ke bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.

“Setibanya di lokasi, pemandu tersebut dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran tersebut mangsa seorang lelaki berusia 30-an telah tercampak ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Hasil ujian saringan mendapati pemandu kenderaan berkenaan positif alkohol dan dadah.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di Bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tak melebihi 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000.

Lesen memandu juga boleh digantung serta merta.

Kes turut disiasat di Bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun dan pengawasan antara dua hingga tiga tahun. – 

Tiada ulasan: