Isnin, 30 Mac 2026

NURUL MASIH DARA ?


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KALAU LU CAYA

APA TRUMP CAKAP

LU JUGA CAYA

NURUL MASIH DARA

KAH KAH KAH

REST MI KES 

MI LORD

KHALAS


Trump dakwa AS sudah mula kawal Selat Hormuz

ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa AS sudah mula mengambil langkah untuk mengawal Selat Hormuz susulan perang dengan Iran, lapor Anadolu Ajansi.

Ketika ditanya dalam temu bual dengan saluran Israel, Channel 14 sama ada Washington mampu mengawal laluan perairan strategik itu, beliau menjawab: "Ya, sudah tentu, ia sudah pun berlaku."

Trump turut menekankan apa yang disifatkannya sebagai penyelarasan rapat dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berhubung Iran.

"Penyelarasan itu sangat rapat. Kami mempunyai hubungan yang baik. Ia tidak boleh menjadi lebih baik," katanya.

Stok bahan mentah kilang kritikal hanya tahan enam minggu - FMM
Katanya, beliau percaya Iran sangat mahu mencapai perjanjian.

"Saya fikir mereka benar-benar mahu melakukannya. Sesiapa pun akan mahukan perjanjian jika anda sedang dihancurkan, bukan?" katanya.

AS dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Februari, mengorbankan lebih 1,340 orang setakat ini, termasuk Pemimpin Tertinggi ketika itu, Ali Khamenei.

Iran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, menyebabkan korban dan kerosakan infrastruktur serta mengganggu pasaran global dan penerbangan. –ANADOLU




Tiada ulasan: