Isnin, 6 April 2026

DEMO BESAR-BESARAN WAJIB DI TERUSKAN


POLITIK DEMO

BESAR BESARAN

WAJIB DI TERUSKAN

AMIN

PROJEK GULING

REJIM PRO

ZIONIS AMERIKA

ADALAH

TUGAS SUCI SEMUA

KHALAS

Hentikan dulu program politik besar-besaran - Rafizi

Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli melontarkan saranan supaya Putrajaya menghentikan dahulu program politik besar-besaran di tengah-tengah krisis tenaga yang sedang melanda dunia.

Ahli Parlimen Pandan menegaskan, ia termasuk Program Madani Rakyat (PMR) yang dianjurkan setiap tahun sejak 2023.

"Teladan yang ditunjukkan pimpinan politik (konvoi beramai-ramai, perhimpunan politik dan perjalanan perdana menteri dan pengiring ke mana-mana) memberi gambaran ada disconnect antara mesej krisis tenaga yang rakyat perlu fahami, dengan tingkah laku pimpinan.

"Sebaiknya acara-acara yang tidak diperlukan: Program Madani Rakyat, program-program politik besar-besaran dan lain-lain, boleh dihentikan terlebih dahulu," katanya di X, hari ini.

Bekas timbalan presiden berkata, walaupun perkara tersebut tidak boleh menjimatkan jutaan petrol dan diesel, tetapi paling kurang boleh menjimatkan wang dan beri teladan yang baik kepada rakyat.

"Pakai video call (panggilan video) sajalah lepas ini sekejap sampai krisis ini habis," ujarnya.

Program Madani Rakyat merupakan merupakan satu inisiatif kerajaan persekutuan bertujuan mendekatkan kerajaan dengan rakyat melalui pelbagai aktiviti dan perkhidmatan secara langsung.

Antara objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap dasar dan bantuan kerajaan, menyediakan perkhidmatan secara langsung di lokasi program dan mendengar pandangan serta aduan rakyat.

ADS

Terdahulu Malaysiakini melaporkan di tengah-tengah lonjakan harga minyak dan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan siri lawatan ke tiga buah negeri dalam tempoh tiga hari bagi acara politik dan tugasan rasmi.

Sementara itu, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar pula menerajui konvoi motosikal sejauh 10km bersama menteri-menteri besar dari Kelantan, Kedah, dan Perlis.

Perjalanan Anwar bermula pada Jumaat di Pahang, dengan mempengerusikan mesyuarat pembangunan daerah, merasmikan kedai Madani Mart yang pertama, dan kemudian menghadiri dua perhimpunan Madani.

Pada Sabtu, dia ke Perak, melawat sekurang-kurangnya dua buah sekolah termasuk Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), serta menghadiri program Madani.

Kemudian pada Ahad, Anwar ke Johor bagi mesyuarat tahunan PKR negeri, melawat penempatan Felda serta sebuah sekolah vokasional.

Ahli Parlimen Tambun itu juga menaiki helikopter untuk meninjau jarak antara Pulau Batu Puteh dan Batuan Tengah. 

ADS

Sementara itu Rafizi menyatakan pendapatnya itu sebagai pendapat tidak popular, namun jelasnya krisis tenaga dunia bukan perkara main-main.

Katanya, jika perang berterusan, dalam sebulan dua lagi - kesannya mula dirasai di Malaysia juga.

ADS

"Bekalan petrol dan diesel akan berkurangan mendadak. Dana kerajaan akan berkurangan mendadak dan tidak lagi mampu mengekalkan harga seperti sekarang

"Sesiapa pun jadi kerajaan, keadaan ini tidak dapat dielakkan," katanya.

Perang di Asia Barat telah berlangsung lebih sebulan dan menyebabkan gangguan bekalan tenaga global akibat gangguan perdagangan penting dunia–Selat Hormuz.

Malaysia setakat ini mengurangkan kuota subsidi petrol, membenarkan penjawat awam terpilih bekerja dari rumah mulai minggu depan serta tidak melaksanakan sambutan Aidilfitri kerajaan.


Tiada ulasan: