JALAN RAYA
MALAYSIA DAH
JADI GAZA
KHALAS
Pemandu treler terbabit kemalangan sebabkan 3 sekeluarga maut dituduh esok
SEGAMAT: Pemandu treler yang didapati positif dadah dan merempuh belakang van dinaiki lima sekeluarga hingga mengorbankan tiga daripadanya akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, suspek berusia 29 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, pihaknya menerima arahan daripada Pendakwaan Negeri Johor (PPN) supaya suspek dituduh mengikut Seksyen 302 dan bukan Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Tempoh reman empat hari yang dikeluarkan terhadap suspek berakhir hari ini, jadi Mahkamah Majistret membenarkan tempoh itu disambung dua hari lagi bermula hari ini," katanya ketika dihubungi.
Mohd Jumazanzahir berkata, bagi pertuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, pertuduhan akan dilakukan selepas pihaknya menerima laporan patalogi.
"Suspek disahkan positif dadah selepas polis menjalankan ujian saringan air kencing sejurus kemalangan meragut tiga nyawa termasuk suami isteri," katanya.
Dalam kejadian pada jam 4 petang Khamis lalu, tiga sekeluarga maut dalam nahas ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 210, Jalan Johor Bahru-Seremban dekat Simpang Taman Golden Hill, Gemas Baru, di sini, Khamis lalu akan
Mereka yang maut ialah K Myakrishnan, 71, isterinya, S Sevendai, 65, serta abangnya, Palamiandy, 75. Dua lagi cucu Myakrishnan iaitu P Hariharam, 22, dan P Suguya, 18, pula cedera parah dan masih menerima rawatan di Hospital Segamat.
Nahas berlaku kira-kira 200 meter dari rumah mangsa ketika keluarga terbabit dalam perjalanan pulang selepas berkunjung ke rumah saudaranya di Batu Anam, di sini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan