IRAN BERANI
CAKAP MACAM INI
KERANA IRAN
TAHU AMERIKA
DAH KALAH
KAH KAH KAH
KHALAS
Iran dakwa sebahagian besar peluru berpandunya 'belum digunakan' dalam perang dengan AS
HAMILTON: Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Iran berkata sebahagian besar keupayaan peluru berpandu negara itu 'belum digunakan dalam perang dengan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Tasnim News.
Laporan agensi berita separa rasmi itu memetik Jeneral Reza Talaei-Nik berkata: Sebahagian besar keupayaan peluru berpandu Iran masih belum digunakan.
"Pasukan kami mengekalkan penguasaan udara sepenuhnya ke atas wilayah yang diduduki entiti Zionis (Israel) dan sebahagian daripada keupayaan peluru berpandu kami digunakan sepanjang perang selama 40 hari itu,".
Beliau mendakwa tentera Iran mengekalkan kelebihan sepanjang konflik itu.
Mengenai konfrontasi di laut, Reza mendakwa, kapal perang musuh beberapa kali berundur ratusan kilometer dari Laut Oman sebagai tindak balas terhadap tindakan tegas pasukan Iran.
Perkapalan melalui Selat Hormuz terjejas teruk sejak AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran bermula 28 Februari, sekaligus mempengaruhi pasaran tenaga global dan menimbulkan kebimbangan terhadap krisis ekonomi yang berpanjangan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan