Khamis, 2 April 2026

LANGKAH BIJAK PDRM - BENTRAS PEMANDU MABUK


LANGKAH BIJAK

DARI PDRM

AMIN

TAPI JANGAN

JADIKAN INI

ATM PAU

KHALAS 


Polis pergiat operasi, sekatan jalan raya kesan pemandu mabuk

KUALA LUMPUR: Polis akan meningkatkan operasi sekatan jalan raya (SJR) secara meluas khususnya di lokasi dan waktu berisiko tinggi seperti pada lewat malam serta hujung minggu bagi mengesan pemandu mabuk.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Muhammed Hasbullah Ali, berkata operasi bersepadu yang berimpak tinggi itu bukan saja mampu mengesan pesalah secara langsung, malah memberikan kesan pencegahan psikologi kepada pengguna jalan raya.

"Kehadiran pihak berkuasa secara konsisten di lokasi dan waktu berisiko tinggi turut meningkatkan tahap pematuhan pengguna jalan raya terhadap undang-undang," katanya hari ini.

Muhammed Hasbullah berkata, walaupun statistik menunjukkan kemalangan akibat pemandu di bawah pengaruh alkohol rendah, namun kehilangan nyawa memberi kesan mendalam kepada masyarakat khususnya keluarga mangsa.

Beliau berkata, berdasarkan statistik JSPT pada 2024, sebanyak 27 kemalangan maut membabitkan pemandu bawah pengaruh alkohol atau dadah dan 31 kes sepanjang tahun lalu.

"Walaupun peningkatan ini tidak terlalu ketara, namun setiap kes berlaku membawa implikasi kehilangan nyawa yang amat serius dan seharusnya tidak dipandang ringan.

"Hakikatnya, kes sebegini berpunca daripada tingkah laku yang boleh dielakkan, justeru JSPT memandang perkara ini dengan penuh keprihatinan dan kesungguhan," katanya.

Mengulas kekangan dihadapi JSPT dalam isu pemandu mabuk, Muhammed Hasbullah berkata, tiada masalah besar dari sudut undang-undang mahupun siasatan.

Katanya, kerjasama erat dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) membantu memastikan setiap pendakwaan mendapat perhatian sewajarnya.

"Sokongan padu daripada pihak pendakwaan membolehkan proses siasatan dan pendakwaan dijalankan lebih lancar dan berkesan.

"Cabaran utama dihadapi bukan sekadar dari sudut penguatkuasaan di lapangan, tetapi lebih kepada membentuk kesedaran, tanggungjawab dan nilai moral dalam kalangan pengguna jalan raya," katanya.

Tiada ulasan: