PAK LEBAI &
PEMIMPIN DAN
AKTIVIS PAS
TAK PERLU
CAKAP BANYAK
AMIN
SUSUN ATUR
HASUT RAKYAT
KE JALAN RAYA
AMIN
SUASANA POLITIK
DAH SAMPAI
AMIN
RAKYAT DAH SEDIA
NAK LIHAT PAS
JADI KERAJAAN
KHALAS
Diesel: Bukan tidak bersyukur tapi rakyat berhak dapat lebih, kata PAS
Kerajaan hari ini digesa untuk merangka dasar tenaga negara yang lebih komprehensif dan strategik bagi menghadapi krisis tenaga global, berbanding hanya bergantung kepada pengumuman harga mingguan yang membebankan rakyat.
Menerusi satu kenyataan media, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan sama ada kerajaan sedang berusaha mempelbagaikan punca bekalan bahan api bagi mengurangkan pergantungan kepada bekalan dari Asia Barat yang mesti melalui Selat Hormuz.
Katanya, India baru-baru ini meningkatkan eksport sebanyak 20 peratus, manakala Jepun, Korea Selatan, dan Taiwan juga mempunyai kilang penapis minyak berkapasiti besar.
“Adakah kerajaan sedang aktif berunding dengan sumber-sumber alternatif ini?
“Adakah kerajaan mempunyai pelan kecemasan tenaga? Negara-negara IEA (Agensi Tenaga Antarabangsa) telah bersetuju untuk mengeluarkan 400 juta tong minyak daripada rizab kecemasan mereka.
“Apakah rizab strategik Malaysia? Adakah ia mencukupi? Berapa hari bekalan yang kita miliki?” soalnya menerusi satu kenyataan media, hari ini.
Mengenai pembayaran subsidi diesel RM300 sebulan, Tuan Ibrahim berkata walaupun bantuan itu bermanfaat, dia mempersoalkan sama ada jumlah itu mencukupi untuk menampung lonjakan harga.
“Ini bukan soal tidak bersyukur. Ini soal kecukupan dan keberkesanan. Bantuan tunai tanpa pelan struktur ialah tindakan reaktif, bukan penyelesaian,” katanya.
Mengulas mengenai bantuan Budi Diesel yang ditingkatkan kepada RM300 sebulan, bekas menteri alam sekitar itu menyifatkan jumlah tersebut tidak memadai untuk menampung kos operasi sektor kritikal.
Dia memberi contoh pengusaha lori yang mungkin membelanjakan lebih RM30,000 sebulan untuk diesel, menyebabkan bantuan RM300 tersebut merangkumi kurang daripada satu peratus kos operasi.
“Seorang nelayan yang menggunakan 50 liter diesel setiap kali ke laut berbelanja RM301 sekali trip.
“Jika beliau ke laut 20 kali sebulan, kos diesel sahaja ialah RM6,020. Bantuan RM300 hanya menutup 5 peratus daripada kos dieselnya,” katanya.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan mekanisme had harga bagi sektor logistik, pertanian, dan perikanan bagi mengekang tekanan inflasi terhadap golongan berpendapatan rendah.
“Saya mengemukakan soalan-soalan ini bukan sebagai pembangkang, tetapi sebagai wakil rakyat yang prihatin. Saya pernah berkhidmat dalam Kabinet dan memahami kerumitan membuat dasar.
“Tetapi saya juga memahami bahawa rakyat berhak mendapat lebih daripada sekadar pengumuman harga setiap Rabu tanpa konteks dan tanpa pelan.
“Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Kita mempunyai Petronas. Kita mempunyai kapasiti penapisan. Kita mempunyai hubungan diplomatik dengan negara-negara pengeksport diesel utama.
“Adakah kita menggunakan semua kelebihan ini untuk melindungi rakyat?” katanya.
Setakat 1 April 2026, harga diesel di Semenanjung Malaysia mencatatkan kenaikan sebanyak RM2.90 atau 93 peratus sejak 5 Mac lalu berikutan gangguan bekalan di Selat Hormuz.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan