WOIT!!! TRUMP
BERAPA KALI NAK
BERI AMARAN
KAH KAH KAH
SEMUA ANCAMAN
SEMUA GERTAK
TAKDA SAPA TAKUT
KAH KAH KAH
MENDARATLAH
SEKARANG !!!
AMIN
IRAN DAH 40 TAHUN
TUNGGU
KAH KAH KAH
KHALAS
Iran tolak ugutan Donald Trump beri tempoh 48 jam terima perjanjian damai
TEHRAN: Markas tentera Iran menolak ancaman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk memusnahkan infrastruktur penting negara itu jika gagal menerima perjanjian damai dalam tempoh 48 jam.
Jeneral Ali Abdollahi Aliabadi dalam kenyataan daripada Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbiya berkata, ancaman Trump itu adalah satu tindakan yang menunjukkan lemah, gementar, tidak stabil serta tidak bijak.
Malah, sambil membalas kenyataan Trump dalam hantaran media sosialnya, beliau memberi amaran "maksud mudah mesej ini adalah pintu neraka akan terbuka buat kamu (AS)".
Trump semalam berkata, Tehran mempunyai 48 jam untuk memeterai perjanjian atau berhadapan dengan serangan yang dahsyat.
Ancaman terbaru Trump itu dibuat selepas satu serangan berhampiran loji janakuasa nuklear Iran memaksa penduduk berpindah, selain pengumuman Tehran mengenai serangan baharu dan dakwaan tentera Israel mengenai pelancaran peluru berpandu dari Yaman.
"Ingat apabila saya memberi Iran sepuluh hari untuk buat perjanjian atau buka Selat Hormuz" tulis Trump di platform Truth Social, merujuk kepada ultimatum yang dikeluarkan pada 26 Mac lalu.
"Masa semakin suntuk, 48 jam sebelum segala seksaan neraka akan menimpa mereka," katanya lagi.
Sementara itu, Pengawal Revolusi Iran mendakwa mereka menyerang sebuah kapal komersial di Bahrain, dan memperketatkan kawalan di laluan perkapalan Selat Hormuz.
Iran juga terus menyerang sasaran ekonomi di negara jiran Teluk yang dianggap mempunyai kaitan dengan usaha perang AS-Israel.
Serangan oleh AS dan Israel terhadap hab petrokimia di barat daya Iran dilaporkan mengorbankan lima nyawa, menurut timbalan gabenor wilayah Khuzestan.
Peperangan yang meletus lebih sebulan lalu susulan serangan AS-Israel ke atas Iran, mencetuskan tindak balas sehingga konflik merebak ke seluruh Asia Barat dan menjejaskan ekonomi global terutamanya akibat penutupan Selat Hormuz yang menjadi laluan utama industri minyak dan gas.
Dalam perkembangan lain, Tehran kelmarin berkata, ia menembak jatuh sebuah pesawat pejuang F-15 dan media AS melaporkan pasukan khas Amerika berjaya menyelamatkan seorang daripada dua kru, manakala seorang lagi masih hilang.
Tentera Iran juga mendakwa mereka berjaya menjatuhkan sebuah pesawat serangan darat A-10 milik AS, dan media AS melaporkan juruterbang pesawat itu telah diselamatkan.
Agensi berita tempatan Mehr, pula memetik kenyataan Timbalan Gabenor wilayah Kohgiluyeh dan Boyer-Ahmad, Fattah Mohammadi, sebagai berkata operasi mencari juruterbang yang hilang itu membabitkan rakyat dan suku kaum bersama pasukan tentera dan ia masih diteruskan.
Beliau berkata, "malam tadi, orang ramai melepaskan tembakan ke arah helikopter musuh dengan menggunakan raifal dan tidak membenarkan mereka mendarat."
Imej yang dimuat naik ke media sosial dan disahkan oleh AFPTV menunjukkan polis Iran melepaskan tembakan ke arah sebuah helikopter AS di barat daya Iran ketika pasukan AS sedang giat mencari juruterbang berkenaan. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan