PAGI INI
PAGI INI
AHAD 5 APRIL 2026
RAYA HARI KE 16
PERANG HARI KE 37
ANCAMAN 48 JAM TRUMP
TRUMP BERI AMARAN DAN ANCAMAN
Dalam masa 48 jam jika Iran TAK MAHU BERUNDING dan BUKA SELAT HORMUZ maka Amerika akan masuk menyerang.
WOIT dah berapa kali NAK AQMARAN 48 JAM kah kah kah. SATU HABUK TARAAAK kah kah kah
IRAN JAWAB : Pintu NERAKA akan dibuka !!! Sila masuk mendarat.
MENCARI PILOT YANG DI TEMBAK JATUH
Operasi Amerika sedang berjalan – nak cari juruterbang yang jatuh bila PESAWAT F16 di tembak jatuh. Satu dah selamat – satu lagi masih di cari.
Satu helikopter Amerika yang sedang mencari di tembak jatuh. Apakah ini TRIK IRAN nak tarik soldadu dan helikopter Amerika masuk ke wilayah Iran ? Kah kah kah.
DEMO RAKYAT DISEL NAIK HARGA
Petang ini di Sogo jam 3 ada demo – Ini demo permulaan – nak cuba- cuba dulu kah kah kah.
HIMPUNAN MELAYU DI GANU
Konsep Melayu Raya Himpunan Melayu di tepi pantai dah jadi tradisi. Di Patani ini telah bermula lama.
Di Ganu mula dengan ANAK MUDA BERMOTO kini jadi HIMPUNAN MELAYU RAYA – amin.
HOKKIEN
Pagi ini berjerebu - agak kering dan berasap. Petang kemarin ujan tak jadi - rebas sebentar. KL & KL Sentral berjerebu tebal. Bangunan 118 hilang di selindung jerebu. Matahari belum kelihatan.
Pagi ini HARI RESMI PESTA SEMBAHYANG KUBUR justeru kereta dan kaum keluarga ramai di Hokkien. Membakar kertas, duit dan colok. Asap di sana sini. Bunyi mercun meledak dari jauh dan dekat.
Gua dan Tak Tak mendaki bukit ikut hutan tepi pagar. Kami bertembung dengan satu keluarga - Mak dan Anak Perempuan – Emak bawa bunga – anak lelaki ikut di belakang bawa kotak. Ini MAKAM DATUK.
“ Hari ini hari Jin Ming ... di rumah pun kami sembahyang... kami dari Tampin...’ Sang Emak memberi pencerahan. Tak Tak hanya bersopan ketika kami berbual.
“ Saya dari Jelebu....’ Gua nak klim warga NOGORI.
Gua rasa hari ini akan panas - kalau redup ertinya alam sama membantu untuk HIMPUNAN SOGO petang ini.
Jika petang renyai macam petang kemarin – malam jadi sejuk santai. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI AHAD
BRO
Masa yang lalu bawa kenangan – ia juga akan bantu lu untuk menang perkara baru.
BRO
Masa yang dah berlalu juga akan mengajar lu tentang perjalanan hidup.
BRO
Tiap detik ini akan berlalu – maka lu gunakan sebaik mungkin. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
JEMPUT BERJUMAP DI SOGO




Tiada ulasan:
Catat Ulasan