Ahad, 17 Mei 2026

BERSAMA GULING ANWAR BIN IBRAHIM


BERSAMA

GULING MADAFAKA

AMIN

BERSATU HUMBAN

ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS


 Rafizi, Nik Nazmi kosongkan kerusi Pandan dan Setiawangsa

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Presiden PKR,  Rafizi Ramli mengumumkan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan, hari ini.

Perkara itu dilafazkan Rafizi dalam program hala tuju politik beliau bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Saya Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan dengan ini mengumumkan saya akan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan berkuatkuasa esok.

“Saya akan menulis secara rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat esok untuk memaklumkan keputusan saya meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan,” katanya.

“Saya Rafizi Ramli mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Ahli Parlimen Pandan berkuatkuasa esok, Isnin,” katanya ketika mengumumkan hala tuju politik beliau bersama Nik Nazmi di sini hari ini.

Nik Nazmi turut membuat pengumuman sama.

Rafizi ambil alih Parti Bersama Malaysia

PETALING JAYA – Bekas Timbalan Presiden PKR, i Rafizi Ramli bakal mengambil alih sebuah parti politik yang dikenali Parti Bersama Malaysia.

Parti berkenaan turut diterajui seorang lagi bekas pemimpin PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Simbolik penyerahan parti itu dibuat pada majlis pengumuman hala tuju politik dua pemimpin itu di sini, hari ini.

Ia sekali gus menjawab persoalan sejak beberapa minggu lalu, berkaitan hala tuju politik Rafizi dan Nik Nazmi selepas mereka dilihat agak disisihkan PKR sejak setahun lalu.

Untuk rekod, Parti Bersama Malaysia ditubuhkan pada 2016.

Tiada ulasan: