ZAMAN ANWAR
BIN IBRAHIM
SEMUA PENYAMUN
DI BEBAS
AMIN
NAJIB RAZAK
DI AMPUN BEBAS
AMIN
JO LO PUN
NAK DI AMPUN
BEBAS
AMIN
INI MALAYSIA
ZAMAN MADANI
KHALAS
Kerajaan Digesa Bertindak Segera Isu Permohonan Pengampunan Jho Low di AS
KUALA LUMPUR | 14 Mei 26 — Kerajaan Malaysia digesa segera campur tangan susulan laporan bahawa ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, telah memohon pengampunan presiden daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata kerajaan tidak boleh memandang ringan perkara itu kerana ia berpotensi memberi kesan terhadap usaha Malaysia membawa pulang Jho Low dan mendapatkan semula aset berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurut beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar dan Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail perlu segera mendapatkan salinan penuh permohonan pengampunan itu daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Haniff Khatri berkata Malaysia perlu mengetahui kandungan sebenar permohonan tersebut dan memastikan negara diberi ruang menyatakan pendirian rasmi sebelum sebarang keputusan dibuat oleh Washington.
Beliau menegaskan pengampunan di Amerika Syarikat tidak secara automatik menggugurkan pertuduhan atau waran tangkap yang dihadapi Jho Low di Malaysia.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran situasi boleh menjadi rumit sekiranya pengampunan itu turut melibatkan arahan kepada pihak berkuasa AS supaya menghentikan kerjasama dengan negara lain berkaitan ekstradisi atau pemulangan aset.
“Jika pengampunan itu hanya terhad kepada tindakan di AS, itu satu perkara. Tetapi jika ia menghalang kerjasama antarabangsa, maka ia menjadi masalah besar kepada Malaysia,” katanya memetik laporan The Star.
Dalam masa sama, peguam Andrew Khoo turut berpandangan bahawa pengampunan presiden AS tidak memberi imuniti antarabangsa kepada Jho Low, namun mungkin datang bersama syarat tertentu yang boleh memberi kesan kepada kerjasama rentas negara.
Isu itu timbul selepas media antarabangsa melaporkan Jho Low sedang berusaha mendapatkan pengampunan daripada Trump bagi menggugurkan pertuduhan jenayah yang dihadapinya di Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB. @sumber


Tiada ulasan:
Catat Ulasan