Khamis, 14 Mei 2026

UAE IALAH BARUA ZIONIS ISRAEL

 

UAE WAJIB

JADI BARUA JUJUR

KAH KAH KAH

BERITA LAWATAN

DI UMUM OLEH

PEJABAT SETANYAHU

KAH KAH KAH

MUSTAHIL PEGAWAI

ZIONIS TAK TAHU 

BILA & DIMANA

PERJUMPAAN 

BERLAKU

AMIN

ADALAH TEPAT

LAGI WAJIB

UNTUK IRAN 

MEMBEDIL UAE

KHALAS


UAE nafi Netanyahu buat lawatan 'rahsia' ketika perang AS-Iran

BAITULMAQDIS: Emiriah Arab Bersatu (UAE) menafikan laporan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melakukan lawatan rahsia ke negara itu selepas pejabat Netanyahu memaklumkan beliau bertemu Presiden UAE ketika perang dengan Iran.

Dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi WAM pada malam Rabu, UAE menegaskan hubungan dengan Israel adalah terbuka dan diwujudkan melalui Perjanjian Abraham yang diumumkan secara rasmi, bukan melalui urusan sulit atau rahsia.

"Sebarang dakwaan mengenai lawatan atau pengaturan yang tidak didedahkan adalah tidak berasas kecuali jika dikeluarkan oleh pihak berkuasa rasmi UAE," menurut kenyataan itu.

Penafian tersebut dibuat beberapa jam selepas pejabat Netanyahu mendakwa beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, dalam satu "lawatan rahsia" semasa kempen pengeboman terhadap Iran, namun tidak menyatakan tarikh sebenar lawatan itu.

Pejabat Netanyahu menyifatkan pertemuan tersebut sebagai satu "kejayaan bersejarah" dalam hubungan kedua-dua negara.

Terdahulu, Pejabat Netanyahu dalam kenyataan berkata, Perdana Menteri Israel itu melakukan lawatan rahsia dan bertemu Presiden UAE, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan ketika perang AS-Israel dengan Iran.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Duta Amerika Syarikat (AS) ke Israel, Mike Huckabee, memaklumkan bahawa Israel menghantar sistem pertahanan udara Iron Dome bersama anggota untuk mengendalikannya ke UAE ketika perang dengan Iran.

UAE bagaimanapun tidak menafikan secara langsung lawatan itu, sebaliknya merujuk kepada laporan mengenainya.

"UAE menafikan laporan yang tersebar mengenai dakwaan lawatan Netanyahu ke UAE atau penerimaan mana-mana delegasi tentera Israel di negara ini.

"UAE menegaskan bahawa hubungannya dengan Israel adalah bersifat terbuka dan tidak berasas kepada sebarang pengaturan yang tidak telus atau tidak rasmi," menurut kenyataan Kementerian Luar negara itu.

Iran menyasarkan UAE lebih daripada mana-mana negara lain ketika perang yang tercetus susulan serangan AS-Israel ke atas republik Islam itu pada penghujung Februari.

Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa bulan lalu, UAE sejak itu melaporkan beberapa serangan peluru berpandu dan dron dari Iran.

UAE yang kaya dengan hasil minyak adalah sekutu utama AS di rantau itu dan antara negara Arab yang mempunyai hubungan rasmi dengan Israel selepas menandatangani Perjanjian Abraham ketika penggal pertama Presiden AS, Donald Trump, pada 2020.

Hubungan UAE-Israel berkembang sejak termeterainya Perjanjian Abraham pada 2020, satu perjanjian yang ditaja AS bagi menormalkan hubungan Israel dengan beberapa negara Arab, namun dikutuk pemimpin Palestin sebagai "tikaman dari belakang".

Netanyahu juga kini berdepan waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang di Gaza sejak November 2024.- AFP


Tiada ulasan: