Sabtu, 27 Jun 2026

DADAH KIMIA


DADAH KIMIA

MELANDA DUNIA

AMIN

JANGAN HANYA

TANGKAP

 PENGGUNA

AMIN

TANGKAP JUGA

CUKONG TOWKAY

DATUK TAN SERI

 PENGEDAR DADAH

AMIN

KILANG MAKMAL

DADAH DI SIAM

AMIN

PUNCA KIMIA

CHINA MERAH

AMIN

WAJIB ADA

KERJASAMA

DENGAN SIAM

DAN CHINA

KHALAS


Pantai Timur dominan penagihan pil kuda


KEPALA BATAS – Negeri di Pantai Timur dikenal pasti mencatat kadar penagihan pil kuda tertinggi di negara ini, dedah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarahnya, Ruslin Jusoh berkata, trend itu selari dengan peningkatan penggunaan dadah sintetik yang kini menjadi antara penyumbang utama kes penagihan di negara ini.

Menurutnya, kebanyakan kes penagihan dadah sintetik melibatkan bahan jenis amphetamine-type stimulants (ATS) seperti syabu, pil kuda dan ekstasi.

“Kalau kita tengok, sudah tentu negeri-negeri Pantai Timur juga antara yang mencatat kadar tertinggi, khususnya pengambilan pil kuda, tetapi kita tidak nafikan negeri-negeri Pantai Barat pun kadar penagihannya tinggi.

“Antara dadah yang menjadi keutamaan penagih di Pantai Timur adalah pil kuda dan syabu berbanding dadah lain seperti heroin atau ganja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2026 di Dataran Sungai Muda, di sini, hari ini.

Menurut Ruslin, golongan belia berusia antara 15 hingga 39 tahun mencatat 84 peratus daripada keseluruhan penagih dadah sintetik di negara ini.

Katanya, pengaruh rakan sebaya dikenal pasti sebagai faktor utama yang mendorong golongan belia terjebak dengan penyalahgunaan dadah sintetik, selain masalah keluarga, tekanan emosi dan konflik sosial.

“Keadaan itu membimbangkan kerana ia melibatkan kumpulan yang sepatutnya menjadi aset penting negara,” katanya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: