Sabtu, 27 Jun 2026

SERANGAN KEMBALI BERMULA


SERANG JANGAN

TAK SERANG

AMIN

HARGA MINYAK

AKAN NAIK

AMIN

TERAM AKAN

KELAM KABUT

KHALAS


Amerika  Iran berbalas serangan, gencatan senjata Asia Barat kembali tegang

TEHRAN: Iran melancarkan serangan terhadap lokasi milik Amerika Syarikat (AS) di rantau Teluk sebagai tindak balas terhadap serangan Washington ke atas negara itu.

Terdahulu, lapor media kerajaan pada Sabtu, AS menuduh Tehran menyerang sebuah kapal kargonya di Selat Hormuz sebagai alasan melancarkan serangan.

Pertukaran serangan itu menimbulkan persoalan terhadap usaha mengekalkan laluan perairan strategik itu terus dibuka ketika Washington dan Tehran sedang berunding bagi mencapai penyelesaian muktamad terhadap perang yang bermula pada 28 Februari susulan serangan AS dan Israel ke atas Iran.

Pentadbiran Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan bahawa serangan terbaharu AS yang menyasarkan lokasi simpanan peluru berpandu dan dron Iran serta kedudukan radar pantai.

Ia sebagai tindak balas terhadap tindakan pencerobohan tanpa provokasi oleh tentera Iran ke atas perkapalan komersial yang jelas melanggar perjanjian gencatan senjata.

Televisyen kerajaan Iran, memetik wartawan di bandar pelabuhan Sirik di selatan negara itu, melaporkan satu letupan kedengaran lewat malam Jumaat di jeti Taherouyeh. Ia memetik sumber tentera yang memaklumkan bahawa letupan itu berpunca daripada hentaman peluru membedil kawasan berkenaan.

"Pelabuhan Sirik beroperasi seperti biasa dan tiada kerosakan dilaporkan terhadap peralatan atau kemudahannya," menurut agensi berita Mehr selepas kejadian letupan itu.

CENTCOM menyifatkan operasi berkenaan sebagai tindak balas tegas terhadap serangan semalam ke atas sebuah kapal komersial yang sedang melalui Selat Hormuz.

Presiden AS, Donald Trump, sebelum itu mengecam apa yang disifatkannya sebagai serangan dron Iran terhadap kapal berkenaan sambil berkata, jelas sekali, ini adalah pelanggaran bodoh terhadap perjanjian gencatan senjata.

Naib Presiden AS, JD Vance, turut mengeluarkan amaran secara langsung menerusi platform X dengan menyatakan bahawa 'keganasan akan dibalas dengan keganasan' sekiranya Iran melancarkan sebarang serangan lanjut.

Beberapa minit kemudian, pada pagi Sabtu waktu Iran, televisyen kerajaan melaporkan bahawa Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata mereka menyasarkan lokasi milik AS di rantau Teluk sebagai tindak balas terhadap serangan AS.

"Jika pencerobohan itu berulang, tindak balas kami akan lebih meluas daripada ini," kata IRGC menerusi hantaran televisyen kerajaan di Telegram.

Iran memberi amaran kepada semua kapal supaya tidak memasuki atau meninggalkan Teluk melalui Selat Hormuz tanpa kebenaran, namun kapal masih meneruskan pelayaran, dengan sebahagiannya menggunakan laluan yang tidak dibenarkan oleh Tehran.

Walaupun ketegangan kembali memuncak, harga minyak terus merosot dengan ketara susulan harapan bahawa trafik di Selat Hormuz, laluan perairan strategik yang lazimnya mengendalikan kira-kira 20 peratus eksport minyak dan gas dunia, akan terus pulih. - AFP

Tiada ulasan: