DUNIA MAKIN
PANAS
AMIN
INJIN KERETA
PUNCA UTAMA
BAWA PANAS
AMIN
TAPI UMAT
MANUSIA
TAK AMBIL POT
KHALAS
Sudah hampir 1,000 kematian akibat gelombang haba di Perancis
PARIS: Pihak berkuasa kesihatan Perancis memaklumkan sekitar 1,000 kematian direkodkan sepanjang gelombang haba luar biasa yang melanda sebahagian besar Eropah Barat selama beberapa hari kebelakangan ini.
Menurut Agensi Kesihatan Awam Perancis, sejak 24 Jun lalu, kira-kira 1,000 kematian (angka belum dimuktamadkan) direkodkan berbanding jumlah kematian yang dicatatkan pada beberapa bulan sebelumnya.
Agensi itu berkata, kawasan yang diletakkan di bawah amaran merah akibat cuaca panas merekodkan kesan paling teruk, dengan 85 peratus daripada kematian membabitkan individu berusia 65 tahun ke atas.
Menurut agensi itu, peningkatan paling ketara membabitkan kematian di rumah, khususnya di wilayah Ile-de-France yang merangkumi Paris dan kawasan pinggir bandar itu.
"Pemerhatian ini mengingatkan kepentingan langkah solidariti terhadap individu yang hidup bersendirian termasuk di kawasan bandar yang padat penduduk," menurut kenyataan itu.
Agensi berkenaan menegaskan angka yang diumumkan masih bersifat awal dan berkemungkinan lebih rendah daripada jumlah sebenar.
Gelombang haba di Perancis mula reda hari ini selepas beberapa hari suhu melampau, dengan bacaan melebihi 40 darjah Celsius direkodkan di banyak kawasan. – AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan