Ahad, 28 Jun 2026

TANDA BAIK PENYATUAN MELAYU


PETANDA BAIK

PENYATUAN

MELAYU

AMIN

MUSUH UTAMA

ANWAR BIN

IBRAHIM

KHALAS



PRN Johor: PAS minta penyokong di DUN tiada calon PN, mengundi BN - ini respons Dr Akmal


MELAKA: Pemuda UMNO menyambut baik cadangan PAS supaya penyokong dan pengundi Perikatan Nasional (PN) di kawasan yang tidak ditandingi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, mengundi calon Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata pendirian parti itu sekali gus membuka lembaran baharu ke arah usaha penyatuan ummah yang sekian lama diimpikan pemimpin Melayu demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Katanya, perkembangan berkenaan juga memberi gambaran bahawa masih wujud ruang untuk memperkukuhkan kerjasama antara parti-parti Melayu dan Islam, terutama dalam berdepan cabaran politik semasa.

"PRN Johor boleh menjadi titik permulaan kepada usaha terbabit sebelum diperluaskan ke negeri lain yang bakal berdepan pilihan raya pada masa hadapan.

"Kita melihat ini sebagai satu perkembangan positif yang perlu disambut dengan hati terbuka demi memastikan agenda memperkasakan orang Melayu dan Islam dapat diteruskan," katanya selepas melancarkan Laman Bromeliad Kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Taman Bunga Merdeka Banda Hilir, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS,  Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggesa penyokong PN mengundi calon BN di kerusi yang tidak ditandingi gabungan itu pada PRN Johor bagi menghalang kemenangan Pakatan Harapan (PH).

Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal yang juga Ketua Pemuda BN, berkata Presiden PAS,  Abdul Hadi Awang juga menyatakan hasrat parti itu untuk tidak membantu kempen calon BERSATU.

Katanya, susulan itu UMNO berharap jentera PAS dapat berkempen untuk calon BN, khususnya di kawasan yang ditandingi BERSATU.

"Kalau tak bantu kempen untuk BERSATU, mereka bantu calon BN. Justeru, saya berterima kasih dan menyambut baik hasrat itu dan semoga saranan ini menjadi titik tolak kepada permulaan yang jauh lebih baik untuk negara kita," katanya.

Tiada ulasan: