TERAM ANCAM
NAK MUSNAHKAN
IRAN
KAH KAH KAH
IRAN JAWAB:
KAMI DAH LAMA
TUNGGU
KAH KAH KAH
JANGAN CAKAP
LANCAHAU
AMIN
KALAU BERANI
SILA MENDARAT
KAH KAH KAH
KHALAS
Trump beri amaran Iran 'tidak akan lagi wujud' jika AS tingkatkan perang
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran bahawa Iran tidak akan lagi wujud lagi jika AS terpaksa menyambung semula peperangan.
Trump menerusi hantaran di platform Truth Social miliknya turut menuduh Tehran melanggar perjanjian gencatan senjata.
"Pesawat AS baru sahaja menyerang lokasi simpanan peluru berpandu dan dron Iran, serta tapak radar pantai Irankerana sekali lagi melanggar Perjanjian Gencatan Senjata!
"Mungkin akan tiba satu ketika apabila kami tidak lagi mampu bertolak ansur dan terpaksa menyempurnakan secara ketenteraan apa yang sudah mulakan dengan begitu berjaya.
"Jika itu berlaku, Republik Islam Iran tidak akan lagi wujud!" katanya.
Sementara itu, tentera AS mengesahkan melancarkan serangan baharu ke atas Iran beberapa jam selepas sebuah kapal tangki diserang di Selat Hormuz.
Serangan itu sekali gus mencetuskan peningkatan ketegangan paling serius sejak kedua-dua pihak memeterai perjanjian damai sementara dua minggu lalu.
Kedua-dua pihak yang bertelagah saling menuduh masing-masing melanggar perjanjian yang dicapai bagi menamatkan konflik selama empat bulan itu.
Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), berkata tenteranya melancarkan serangan baharu selepas sebuah kapal tangki Panama diserang dron Iran, semalam.
Di Iran, penyiar rasmi Penyiaran Republik Islam Iran (IRIB) melaporkan bunyi letupan kedengaran di Sirik, awal pagi tadi waktu tempatan, namun tidak memberikan butiran lanjut.
"Iran diberi peluang untuk mematuhi perjanjian gencatan senjata tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian," menurut kenyataan CENTCOM.
Menurutnya, serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas langsung terhadap tindakan agresif berterusan Iran terhadap perkapalan komersial dan menyasarkan kemudahan pengawasan tentera, komunikasi, pertahanan udara, simpanan dron serta fasiliti pemasangan periuk api.
Seorang pegawai pertahanan AS kemudian memberitahu Fox News bahawa operasi serangan ke atas sasaran di Iran sudah selesai.
Washington sebelum itu memaklumkan tenteranya menyerang sasaran di Iran pada waktu malam, manakala Iran berkata ia membalas dengan menyerang sasaran yang dikaitkan dengan tentera AS.
Serangan ke atas kapal tangki di Selat Hormuz semalam berlaku selepas sebuah kapal kargo turut diserang pada Khamis lalu, sekali gus mencetuskan peningkatan terbaharu dalam konflik.
Iran dilihat memperbaharui usaha mengukuhkan kawalan ke atas laluan perkapalan tenaga paling penting di dunia itu, yang baru dibuka semula selepas mengalami gangguan selama beberapa bulan.
Iran tidak mengulas secara langsung mengenai laporan serangan ke atas kapal-kapal berkenaan.
Bagaimanapun, televisyen kerajaan Iran melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) melepaskan tembakan amaran ke arah beberapa kapal yang cuba menggunakan laluan yang tidak diluluskan oleh Iran.
Tindakan itu menyebabkan kapal-kapal lain kini mendapatkan permit daripada pihak berkuasa Iran sebelum melalui selat itu.
Kementerian Luar Iran sebelum ini berkata pihaknya melancarkan serangan bersifat mempertahankan diri terhadap sasaran ketenteraan yang dikaitkan dengan AS.
Tentera AS tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap laporan itu.
Sementara itu, Bahrain, yang menempatkan ibu pejabat serantau Tentera Laut AS, melaporkan satu serangan dron Iran.
Bahrain menyatakan serangan terbaharu Iran melanggar memorandum persefahaman yang dipersetujui sebelum ini.
Ratusan kapal, termasuk kapal tangki yang membawa minyak, terkandas di Teluk sejak perang tercetus.
Washington menggalakkan penggunaan laluan selatan berhampiran pantai Oman.
Bagaimanapun Tehran mahu kapal menggunakan laluan utara melalui perairannya yang berada di bawah kawalannya, selain merancang mengenakan bayaran penggunaan laluan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negara Parlimen Iran, Ebrahim Azizi, berkata sebarang pelanggaran terhadap arahan pelayaran yang dikeluarkan Iran akan menerima tindakan tegas. - AGENSI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan