WOIT
APA JADI DENGAN
200 LAPORAN
POLIS TERHADAP
ZAKAR SHI ?
KAH KAH KAH
MANA TMJ
HILANG TAK JAWAB
TUDUHAN
ZAKAR SHI
KAH KAH KAH
APAKAH TMJ
BAGI CHAN PADA
ZAKAR SHI
KAH KAH KAH
KHALAS
Calon BN dipilih dalam kalangan kroni, `partner’ main golf – Puad
KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Mohd Puad Zarkashi menyifatkan calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 sebagai kitar semula, mediocre (biasa-biasa) dan antiaspirasi anak muda.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu turut menyifatkan calon-calon BN itu sebagai cacamarba, tidak menarik dan tidak menggambarkan perubahan.
“Kenapa? Sebab ia parti anak beranak (calon dipilih di kalangan kroni dan partner main golf). Ada yang baru sebulan kembali masuk UMNO sudah boleh jadi calon dengan mudah,” katanya menerusi Facebook malam ini.
Menurut Mohd Puad, UMNO yang kini berusia 80 tahun sepatutnya dipimpin oleh generasi keempat seperti Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.
Malangnya, ujar beliau, ramai calon UMNO adalah calon kitar semula daripada generasi ketiga.
“Maka UMNO Johor gagal memenuuhi aspirasi anak muda. Generasi keempat terpinggir. Itu yang Akmal (Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh) tidak faham,” katanya.
Mohd Puad turut mempersoalkan pemilihan calon kitar semula seperti Abdul Halim Suleiman di DUN Tiram yang berusia 64 tahun dan pernah kalah pada PRN 2018.
Selain itu, katanya, Adham Baba yang berusia 64 tahun yang digugurkan pada PRU-15 tetapi dipilih bertanding di kerusi DUN Pasir Raja dan Samsolbari Jamali (DUN Semarang) yang berusia 65 tahun.
Calon lain, ujarnya, Alwiyah Talib di DUN Endau yang berusia 65 tahun yang dua penggal menjadi ADUN Bersatu dan baru empat bulan menyertai UMNO.
“Azhar Ibrahim (Kalah 2018/Haslinda exco Wanita baru sepenggal digugurkan). Zaidi Jaafat (kalah 2018). Dan Youzaimi Yusof (kalah 2022).
“Lagi pelik calon yang ada PhD seperti Fuad Tukirin katanya diganti dengan calon SPM di Bukit Naning.
“Maka bagaimana anak muda mahu tertarik dengan UMNO.
“Memang wajar Puteri UMNO marah kerana seorang sahaja wakil Puteri jadi calon. Risikonya pengundi muda kali ini masih menolak UMNO,” katanya.
Pada 25 Jun lalu, Mohd Puad yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mengumumkan keluar UMNO serta-merta selepas mendakwa UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan dan dikawal oleh istana.
Bagaimanapun, tindakan beliau itu mendapat kecaman pemimpin UMNO yang mendedahkan rasa tidak puas hati sebenar Mohd Puad adalah disebabkan anaknya tidak dipilih menjadi calon pada PRN Johor kali ini. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:
Catat Ulasan