Isnin, 8 Jun 2026

PROJEK GULINGKAN ANWAR BIN IBRAHIM


 PROJEK

GULINGKAN

ANWAR BIN

IBARHIM

SEMAKIN LUAS

MAKIN MEREBAK

KHALAS

Pendirian Onn Hafiz tolak kerjasama dengan DAP wajar dipertahankan bangsa Johor'


KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO,  Dr Muhamad Akmal Saleh, menyifatkan pendirian Menteri Besar Johor,  Onn Hafiz Ghazi yang menolak kerjasama dengan DAP sebagai tegas dan konsisten.

Menerusi hantaran di Facebook, Muhamad Akmal berkata, pendirian Onn Hafiz itu bukan perkara baharu kerana ia sudah dinyatakan sejak awal lagi.

"Bangsa Johor patut bangga dengan Onn Hafiz. Dia selamba sahaja lebih rela hilang jawatan Menteri Besar daripada duduk semeja dengan DAP.

"Ini bukan calang-calang orang. Memang sangat hebat, pendirian yang tegas dan kita tahu pun sejak daripada awal Menteri Besar Johor tidak mahu bekerjasama dengan DAP," katanya.

BH sebelum ini melaporkan, Pengerusi BN Johor, Onn Hafiz Ghazi bertegas tidak akan bekerjasama dengan DAP bagi menghormati hasrat rakyat negeri itu yang mahu BN bergerak sendiri pada PRN.

Menteri Besar Johor itu berkata, pendirian itu bukan didorong oleh sentimen perkauman mahupun bersifat sombong, sebaliknya menegaskan ia adalah soal prinsip, mandat yang diterima dan tanggungjawab kepada Bangsa Johor.

Malah, beliau menegaskan lebih rela melepaskan jawatan Menteri Besar daripada bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan negeri.

Justeru, Muhamad Akmal berkata, pendirian sedemikian menunjukkan Onn Hafiz seorang pemimpin yang berprinsip dan wajar dipertahankan.

"Inilah pemimpin yang bangsa Johor perlu angkat dan pemimpin yang betul-betul ada prinsip untuk kita pertahankan.

"Tetapi bila MB kata tidak mahu duduk semeja dengan DAP, Anthony Loke meroyan pula. Merajuk konon kata kita angkuh.

"Orang tidak mahu duduk dengan kamu, mahu cakap orang angkuh. Kenapa pula? Memang kita mahu lawan, lawan sajalah," katanya.

Akmal turut mengucapkan terima kasih kepada Onn Hafiz atas pendirian yang menurutnya tidak pernah berubah.

"Terima kasih Onn Hafiz Ghazi, pendirian yang tegas dan tidak pernah berubah dari dulu lagi.

"Yang koyak itu, tidak mengapa, teruskan koyak," katanya.

Tiada ulasan: