JELAS
POLITIKUS AMERIKA
INI DI TAJA
OLEH KAUM ZIONIS
AMIN
MALAYSIA TIDAK
ANTI YAHUDI
AMIN
MAJORITI NABI
AGAMA ISLAM
IALAH YAHUDI
AMIN
KITA ANTI ZIONIS
ANTI ISRAEL
KHALAS
‘Batalkan dasar anti-Yahudi atau berdepan sekatan dana ketenteraan’
Beberapa ahli politik menulis surat kepada Setiausaha Negara AS Marco Rubio supaya menyemak semula hubungan keselamatan dan ekonomi Washington dengan Malaysia serta mempertimbangkan penggantungan dana latihan ketenteraan kepada negara ini.
Ia susulan kenyataan yang didakwa sebagai anti Yahudi Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mahu mengusir warganegara Israel yang ditemui di negara ini .
Desakan itu dibuat menerusi surat bertarikh 21 Julai oleh lapan wakil parti pemerintah, Demokrat, yang diketuai oleh Josh Gottheimer dan Greg Landsman.
"Sama sekali tidak boleh diterima apabila seorang ketua kerajaan mengisytiharkan secara terbuka bahawa negaranya akan memburu dan mengusir warganegara sekutu rapat kami semata-mata berdasarkan kewarganegaraan mereka.
“Perkara ini tidak sepatutnya ditanggung oleh pembayar cukai Amerika," kata mereka.
Dalam surat berkenaan, mereka meminta Jabatan Negara AS menjelaskan langkah yang diambil bagi membalas kenyataan Anwar, di samping menggesa Rubio menggantung program Pendidikan dan Latihan Ketenteraan Antarabangsa (Imet) sekiranya Putrajaya tidak membatalkan dasar itu dalam tempoh 15 hari.
"Kami mendesak kamu menggunakan setiap pendekatan yang ada untuk menegaskan bahawa tindakan ini (oleh Malaysia terhadap orang Yahudi) ada akibatnya.
"Memandangkan adanya ruang diplomatik ini, kami percaya AS perlu menegaskan kepada Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim dan kerajaannya bahawa bantuan serta sokongan kami hadir bersama harapan agar mereka tidak menyasarkan warganegara daripada salah satu sekutu paling rapat kami," kata mereka.
Mereka juga menuduh Malaysia mengekalkan hubungan dengan Hamas dan mendakwa pejuang kumpulan itu pernah menjalani latihan di negara ini.
Kata mereka, kerajaan negara ini "menerima pengganas tetapi menjadikan warganegara Yahudi sebagai sasaran".
Minggu lalu, Anwar bin Ibrahim memberi amaran kerajaan akan segera mengusir mana-mana warga Israel yang didapati berada di Malaysia susulan dakwaan Network School menempatkan warga negara itu di Forest City, Johor.
Network School menjadi perhatian umum selepas timbul dakwaan di media sosial bahawa warga Israel yang menggunakan pasport kedua menetap di komuniti teknologi berkenaan.
Tindakan penguatkuasaan kemudian dipertingkatkan pada 14 Julai.
Susulan perhatian meluas terhadap isu berkenaan, pengasas Network School yang juga pelabur teknologi Amerika Syarikat, Balaji Srinivasan, secara terbuka memohon pertemuan dengan perdana menteri dengan berkata komuniti teknologi global memerlukan jaminan sebelum meneruskan pelaburan di Malaysia.
Melalui hantaran di X pada 16 Julai, Srinivasan berkata Network School telah melabur lebih RM100 juta di Malaysia dan pelaburan lanjut oleh organisasi itu serta pelabur lain ditangguhkan sementara menunggu kepastian lebih jelas daripada kerajaan.
Dia turut menegaskan komuniti itu mematuhi undang-undang Malaysia dan menghormati kedaulatan negara.
Lazimnya, pemegang pasport Israel tidak dibenarkan memasuki Malaysia tanpa kelulusan, memandangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Minggu lalu, jabatan imigresen menjalankan pemeriksaan dan mendapati semua 256 warga asing di Network School mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menghentikan lesen perniagaan Network School berkuat kuasa hari ini susulan ketidakpatuhan terhadap syarat lesen serta penggunaan premis di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu.
Menurut MBIP, sebuah premis Network School beroperasi tanpa lesen perniagaan, manakala sebuah lagi yang diluluskan untuk kegunaan pejabat didapati digunakan bagi aktiviti di luar tujuan yang dibenarkan.
Dalam kenyataan hari ini, MBIP turut berkata papan tanda yang dipamerkan di premis berkenaan tidak sepadan dengan permohonan iklan yang diluluskan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan