MADAFAKA
TAK BERANI
PECAT ZAHID
TOK MAT
AMIN
MEREKA SENGAJA
MINTA DI PECAT
AMIN
MUDAH UNTUK
TUMBANGKAN
MADAFAKA
KHALAS
‘Kalau Dia Tak Suka, Pecat Sajalah’ – Zahid Pertahan Prestasi Menteri UMNO
KUALA LUMPUR | 21 Julai 26 – Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan prestasi menteri-menteri daripada partinya dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan sambil menegaskan mereka telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik sepanjang berada dalam pentadbiran.
Menurut beliau, UMNO kini mempunyai lapan menteri penuh selain tujuh timbalan menteri yang sedang berkhidmat, dan mereka merupakan pemimpin berpengalaman yang sentiasa memberikan prestasi terbaik dalam kementerian masing-masing.
“Kita adalah parti yang mempunyai pengalaman pentadbiran yang baik. Itu sebabnya kita berprestasi tinggi. Kita tidak sebut pun mengenai kementerian lain atau menteri lain. Kita hanya bercakap mengenai prestasi kita sendiri.
“Insya-Allah kita lakukan yang terbaik,” katanya ketika berucap bersama Warga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sembilan di Pusat Kegiatan Masyarakat (PKM) KEMAS Kampung Pantai Seremban, di sini, hari ini.
Mengulas dakwaan bahawa Perdana Menteri telah memberi amaran supaya mana-mana menteri yang mengkritik kementerian atau menteri lain meletakkan jawatan, Zahid berkata perkara itu sebenarnya terletak di bawah kuasa Perdana Menteri.
“Perdana Menteri telah beri amaran, siapa-siapa sebut menteri lain ataupun kementerian lain sila letak jawatan. Tetapi saya jawab tadi, tak payah suruh letak jawatan.
“Sebab yang melantik menteri-menteri ini ialah Perdana Menteri. Kalau dia tak suka, pecat sajalah,” katanya.
Bagaimanapun, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau yakin Perdana Menteri tidak akan bertindak sedemikian memandangkan semua menteri daripada UMNO telah bekerja dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan pencapaian yang baik.
“Tapi takkan sampai hati nak pecat. Kami semua bekerja dengan kuat, bekerja dengan cukup berjaya,” katanya.
Bercakap mengenai isu tersebut, baru-baru ini, Perdana Menteri, Anwar bin Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan untuk menyerang rakan Kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Beliau berkata, mana-mana pihak berkaitan yang melakukan perkara itu akan diminta berundur daripada jawatan yang disandang. @politiko.my


Tiada ulasan:
Catat Ulasan