MAJORITI KALDAI
MASUK JIL
AMIN
TUAN & TOWKAY
KALDAI SELAMAT
AMIN
ADA DATUK
ADA TAN SERI
KAH KAH KAH
KHALAS
180 rakyat Malaysia ditahan
di luar negara berkaitan dadah
KUALA LUMPUR: Seramai 180 rakyat Malaysia ditahan di luar negara disyaki terbabit dalam penyeludupan dadah sejak Januari 2024 hingga April lalu, dengan majoritinya dipercayai diperalatkan sindiket antarabangsa sebagai keldai dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata jumlah itu merangkumi 84 tangkapan pada 2024, diikuti 66 sepanjang tahun lalu dan 30 lagi bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.
Beliau berkata, walaupun statistik berkenaan menunjukkan penurunan, jumlah rakyat Malaysia yang masih ditahan di luar negara berkaitan kes keldai dadah membimbangkan.
"Negara yang menjadi tumpuan tangkapan rakyat Malaysia ialah Thailand, Singapura, Indonesia, Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan.
"Kebanyakan mereka ialah individu yang terpedaya dengan tawaran pekerjaan atau ganjaran mudah tanpa menyedari risiko serta implikasi undang-undang yang sangat berat di negara berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Hussein berkata, statistik tangkapan keldai dadah di negara ini pula merekodkan jumlah sama bagi 2025 dan tempoh Januari hingga April tahun ini, masing-masing seramai 25 orang membabitkan rakyat tempatan serta warga asing.
Katanya, rakyat Malaysia mencatat jumlah tertinggi pada 2025, iaitu 12 orang, diikuti warga Taiwan seramai lima orang.
"Warga Britain dan Maldives masing-masing mencatat tiga tangkapan, manakala dua lagi warga Indonesia.
"Bagi Januari hingga April tahun ini, rakyat Malaysia sekali lagi mencatat jumlah tertinggi dengan tujuh tangkapan," katanya.
Beliau berkata, tangkapan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini turut membabitkan lima warga Britain, empat warga Singapura, tiga warga Perancis dan dua warga Indonesia.
Katanya, masing-masing seorang warga Hong Kong, Thailand, Slovakia dan Ireland turut ditahan dalam tempoh sama.
"Berdasarkan pemantauan JSJN, lapangan terbang masih menjadi laluan utama bagi pergerakan keldai dadah, khususnya membabitkan sindiket antarabangsa.
"Walau bagaimanapun, pintu masuk lain seperti pelabuhan dan sempadan darat juga tidak terkecuali daripada digunakan oleh sindiket, namun modus operandinya adalah berbeza berbanding penggunaan keldai dadah di lapangan terbang," katanya.
Hussein berkata, pihak berkuasa khususnya JSJN sentiasa menilai trend semasa dan memperkukuhkan kawalan di semua pintu masuk negara secara menyeluruh.
Katanya, kerjasama antarabangsa memainkan peranan penting dalam usaha membanteras sindiket dadah rentas sempadan.
"JSJN bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan luar negara melalui perkongsian risikan, operasi bersama dan pertukaran maklumat.
"Maklumat risikan hasil soal siasat terhadap keldai dadah yang ditahan di Malaysia akan disalurkan kepada agensi penguat kuasa dadah berkaitan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket di luar negara.
"Bagi rangkaian ahli sindiket di Malaysia, JSJN akan meneruskan siasatan di negara ini," katanya.
Beliau berkata, pertukaran maklumat risikan itu membantu pihak berkuasa mengenal pasti dan melumpuhkan beberapa rangkaian sindiket, termasuk aktiviti merekrut keldai dadah di peringkat antarabangsa.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan