Ahad, 12 Julai 2026

BERITA BAIK YANG SAHIH

BERITA SAHIH

ARI IRAN

AMIN

SELAT HORMUZ

DITUTUP

AMIN

MINYAK NAIK

HARGA

AMIN

DUNIA KAPITALIS

KELAM KABUT

PERANG TERSU

AMIN

APA AMERIKA

APA ISRAHELL

NAK BUAT ?

KAH KAH KAH

KHALAS


IRGC Iran umum Selat Hormuz ditutup sehingga dimaklumkan kelakTEHRAN: Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) hari ini menutup Selat Hormuz sehingga diberitahu kelak, selepas melepaskan tembakan amaran ke arah sebuah kapal yang didakwa melalui laluan tidak dibenarkan.


Menurut media rasmi negara itu, Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindak balas terhadap pertembungan itu akan dibalas dengan tindakan yang keras.


Dalam satu kenyataan, Tentera Laut IRGC berkata sebuah kapal yang mengancam keselamatan maritim dengan mematikan sistem pengesanannya ditembak dan berjaya dihentikan, namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kapal berkenaan.


Menurut kenyataan itu, beberapa kapal turut didakwa cuba melalui laluan perairan berkenaan menggunakan laluan tidak dibenarkan dan mengabaikan amaran supaya menukar haluan.


IRGC turut memaklumkan Selat Hormuz akan terus ditutup sehingga diberitahu kelak dan sehingga campur tangan Amerika Syarikat (AS) di rantau itu berakhir.


Menurutnya, sebarang tindakan agresif terhadap Iran akan menerima tindak balas yang keras, selain pangkalan baharu musuh di rantau itu akan menjadi sasaran.


Pada masa sama, pegawai kanan AS berkata Washington menuntut Iran mengumumkan secara terbuka bahawa ia akan menghentikan serangan terhadap kapal di Selat Hormuz, selain memastikan semua laluan perkapalan dibuka tanpa sebarang bayaran dikenakan.


Presiden AS, Donald Trump, pada Jumaat berkata Washington dan Tehran bersetuju meneruskan rundingan walaupun ketegangan meningkat minggu ini, selain mengisytiharkan gencatan senjata sudah berakhir.


Sumber kanan Iran memberitahu Reuters bahawa Iran, AS, Qatar dan Pakistan bersetuju mengadakan rundingan menerusi satu panggilan telefon yang sedang diatur pihak pengantara semalam ketika Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, berada di Oman.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada usaha itu berjaya.


Menurut kenyataan Kementerian Luar Iran, Araqchi dan Menteri Luar Oman, Sayyid Badr Albusaidi, mengadakan pertemuan di Oman bagi bertukar pandangan mengenai mekanisme yang sesuai untuk memastikan laluan kapal melalui Selat Hormuz kekal selamat.


Agensi berita rasmi Oman kemudian melaporkan rundingan antara negaranya dan Iran akan diteruskan pada peringkat teknikal dan politik.


Oman kini berperanan sebagai pengantara dalam usaha menamatkan konflik yang menggugat kestabilan rantau Teluk serta menyebabkan kenaikan harga di seluruh dunia sejak AS dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada 28 Februari lalu.


Sebelum konflik tercetus, kira-kira 20 perratus bekalan minyak dunia melalui Selat Hormuz. Sekatan berkesan Iran ke atas laluan itu menyebabkan harga tenaga melonjak dan menyumbang kepada peningkatan inflasi global.


CNN semalam melaporkan Oman mengemukakan deraf cadangan berhubung laluan di Selat Hormuz, termasuk membenarkan pelayaran bebas melalui koridor selatan yang berada dalam perairan Oman.


Cadangan itu turut menetapkan kapal yang menggunakan koridor utara melalui perairan Iran perlu mendapatkan kelulusan awal daripada Tehran, namun tiada bayaran akan dikenakan, menurut laporan itu.


Rumah Putih dan Jabatan Negara AS belum mengeluarkan sebarang komen berhubung laporan CNN itu.


Ketegangan terbaharu itu sekali lagi menimbulkan keraguan terhadap masa depan perjanjian sementara yang bertujuan menamatkan konflik, selain mendorong kenaikan harga minyak, isu yang sensitif dari segi politik buat Trump menjelang pilihan raya Kongres AS pada November ini. - REUTERS

Tiada ulasan: