JANGAN
BEBASKAN
NAJIB
AMIN
NGA KOR MING
DIPERLUKAN
UNTUK BANTU
PERPADUAN MELAYU
AMIN
CHINA SEPERTI
NGA INI AKAN
PERKUKUHKAN
PENYATUAN
UMMAH
AMIN
SILAP BESAR
KALAU KITA
HILANG PEMIMPIN
CHINA SEPERTI
YB NGA
KHALAS
Saya sedia letak jawatan menteri jika Najib dibebaskan susulan BN menang di Johor' - Nga Kor Ming
KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menegaskan beliau berpegang teguh kepada prinsip untuk meletakkan jawatan sebagai menteri jika Datuk Seri Najib Razak dilepaskan tanpa hukuman setimpal.
Mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu beliau meletakkan jawatan susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, Ahli Parlimen Teluk Intan itu meminta orang ramai merujuk semula kenyataan penuhnya ketika wawancara eksklusif bersama Oriental Daily sebelum ini.
Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata tidak teragak-agak menjadi individu pertama melepaskan jawatan menteri jika Najib dibebaskan susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN berkenaan.
Pada wawancara itu, beliau mendakwa UMNO Johor berulang kali menyuarakan hasrat untuk membebaskan Najib lebih awal menerusi slogan 'UMNO menang besar, Najib pulang ke rumah', yang disifatkannya sebagai garis merah parti itu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan