SELAT HORMUZ
DI KAWAL IRAN
AMIN
KALAU DEGIL
TAK IKUT ARAHAN
AKAN DI BEDIL
AMIN
UAE dakwa dua kapal tangki minyak diserang Iran di Selat Hormuz, seorang kru India terkorban
ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendakwa dua kapal tangki minyak gergasi miliknya menjadi sasaran serangan peluru berpandu Iran di perairan Oman berhampiran Selat Hormuz, mengorbankan seorang anak kapal warga India dan mencederakan lapan yang lain.
Kementerian Pertahanan UAE dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa dua kapal tangki minyak kategori 'Very Large Crude Carrier (VLCC)', iaitu Mombasa B (IMO 9739501) dan Al Bahyah (IMO 9937799), dilaporkan terkena serangan dua peluru berpandu yang dilancarkan oleh Iran ketika berada di laluan perkapalan strategik itu.
Menurut kementerian itu, seorang kru warga India yang bertugas di atas kapal Mombasa B maut dalam serangan berkenaan manakala lapan lagi cedera, termasuk empat yang mengalami kecederaan serius dan sedang menerima rawatan.
Pihak berkuasa UAE bagaimanapun belum mendedahkan butiran lanjut mengenai tahap kerosakan yang dialami kedua-dua kapal tersebut atau identiti mangsa.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan