WOIT
DIMANA NGA
KOR MING?
AMIN
SILA MAINKAN
PERANAN
AMIN
SILA SEBUT
GELOMBANG HIJAU
BAWA BAHAYA
UNTUK NEGERI 9
KHALAS
Kerjasama PAS-UMNO PRN Negeri 9: Senarai calon PN Khamis ini jadi petunjuk - Annuar Musa
KOTA BHARU: Soal sama ada kerjasama antara PAS dan UMNO benar-benar wujud pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan boleh dinilai menerusi senarai calon yang bakal diumumkan Perikatan Nasional (PN) Khamis ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Annuar Musa.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) berpandangan agenda kerjasama antara dua parti itu adalah strategi politik bagi memastikan mereka dapat menawan Negeri Sembilan daripada Parti Harapan (PH).
"Itulah politik, cakap lain, buat lain. Itu strategi, tak boleh dedah semua. Apa yang pasti semua perbincangan PAS, UMNO sentiasa jadi bualan termasuk untuk PRN Johor dan Negeri Sembilan.
"Malam esok BN (Barisan Nasional) umum 'line up' (senarai calon PRN Negeri Sembilan). PN umum calon pada Khamis. Di situ akan dapat `clue' (petunjuk)," katanya ketika ditemui pada satu program di Rimbara, Bukit Marak, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi semalam yang menegaskan parti itu tiada sebarang perjanjian dengan PAS berkait PRN Negeri Sembilan kali ini, sebaliknya hanya persefahaman sesama parti.
Dalam masa sama beliau yang juga Pengerusi BN, mengesahkan UMNO juga tidak pernah memuktamadkan perbincangan dengan PAS termasuk agihan kerusi yang bakal ditandingi pada PRN Negeri Sembilan.
Namun ia jelas berbeza dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang memaklumkan rundingan kedua-dua pihak berhubung pembahagian kerusi pada PRN itu sedang berlangsung dan disifatkan sangat positif.
Malah, beliau berkata, PAS sedia memberikan kerusi Menteri Besar kepada BN sekiranya mereka berjaya menawan negeri itu pada 1 Ogos ini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan