MANA HILANG
NGA KOR MING
AMIN
YB INI DIMINTA
BANTU PROJEK
PENYATUAN UMMAH
AMIN
KHALAS
Terima kasih UMNO atas tindakan berani - Tuan Ibrahim
SEREMBAN: Tindakan UMNO yang menarik sokongan terhadap pentadbiran kerajaan negeri disifatkan satu tindakan berani yang membuka ruang kepada rakyat untuk memilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Justeru Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO atas tindakan itu.
"Saya nak ucap terima kasih kepada UMNO kerana mengisytiharkan tarik sokongan di Negeri Sembilan menyebabkan rakyat di Negeri Sembilan boleh memilih pada pilihan raya kali ini.
"Tindakan ini satu tindakan berani kerana sudah bosan dengan tindakan PH (Pakatan Harapan) mentadbir mengurus Negeri Sembilan," katanya ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Calon PN PRN Negeri Sembilan, di sini malam tadi.
Tambah beliau, tindakan itu juga bakal menyaksikan gelombang hijau akan merebak di Negeri Sembilan bermula pada PRN kali ini.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, tindakan DAP yang terus memainkan naratif 'gelombang hijau' bagi menakut-nakutkan pengundi Cina sepanjang kempen pilihan raya akhirnya memakan diri sendiri.
Menurutnya, strategi berkenaan digunakan dalam beberapa pilihan raya sebelum ini, namun mendakwa ia tidak berjaya mempengaruhi pengundi.
"Kita tahu bagaimana DAP cuba menakut-nakutkan pengundi Cina khususnya dengan gambaran 'Green Wave' atau gelombang hijau yang dikatakan mengancam kestabilan dan keharmonian.
"Sejarah membuktikan, semakin kuat mereka menakut-nakutkan pengundi Cina, semakin kuat mereka ditolak oleh pengundi itu," katanya.
Tambahnya, DAP kehilangan sokongan di Sabah dan Johor, malah yakin parti itu akan turut kehilangan sokongan pada PRN Negeri Sembilan.
Katanya, rakyat kini mempunyai akses kepada pelbagai maklumat dan mampu membuat penilaian sendiri tanpa mudah dipengaruhi dengan dakwaan yang tidak berasas.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, gabungan PN- BN akan melengkapkan teka-teki mengenai kerusi yang tidak ditandingi BN.
"PRN ini sebagai satu mukadimah penting, satu alignment baharu politik Malaysia. BN umum 25 DUN, tapi 'puzzle' itu tidak lengkap dan kita lengkapkan dengan umumkan calon di 11 DUN," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan