Sabtu, 18 Julai 2026

KENAPA INKUES LAMA SANGAT ?


KENAPA LAMA

SANGAT INKUES?

AMIN

DAH MASUK

SETAHUN

NAK SOROK 

APA?

AMIN

SAMPAI ADA

YANG NAK

BUNUH DIRI

KHALAS


Seorang lagi murid jatuh bangunan di sekolah Zara Qairina


KOTA KINABALU: Seorang pelajar terjatuh dari tingkat satu di Sekolah menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha pada 15 Julai, dua hari sebelum genap setahun insiden meragut nyawa Zara Qairina Mahathir.

Dalam kejadian terbaharu itu, pelajar terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius, namun dimasukkan ke hospital.

Jabatan Pendidikan negeri sudah memulakan siasatan, dan dapatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah atau buli dalam kejadian itu.

Namun, insiden terbaharu ini mencetuskan reaksi daripada beberapa peguam yang menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tindakan lebih proaktif dalam menangani tingkah laku pelajar di sekolah.

Peguam Datuk Ram Singh berkata mereka sedih dengan kejadian menimpa pelajar perempuan itu.

"Mengapa perkara ini berlaku lagi? Inkues ini pun belum selesai, tetapi satu lagi insiden berlaku di sekolah yang sama.

"Kini terdapat begitu banyak kes kanak-kanak jatuh dari bangunan. Ia seolah-olah sudah menjadi perkara biasa dalam kalangan pelajar," katanya dalam sidang media selepas inkues kematian Zara Qairina selesai minggu ini.

Hari ini juga menandakan ulang tahun pertama pemergian Zara Qairina. 

Ram yang mewakili salah seorang kanak-kanak yang dikaitkan dengan kes Zara Qairina, turut mempersoal tindakan Jabatan Pendidikan Sabah yang hanya mengeluarkan kenyataan mengenai insiden terbaharu itu hari ini, iaitu dua hari selepas kejadian berlaku.

"Jika benar-benar prihatin, keluarkan kenyataan secepat mungkin. Saya berharap pelajar ini akan menerima rawatan atau kaunseling yang sewajarnya," katanya.

Terdahulu dalam prosiding inkues, saksi ke-75, Dr Wong Haw Huo, memberi keterangan bahawa pasukannya mengambil kira keadaan kesihatan bapa Zara Qairina yang mungkin diwarisi oleh anaknya.

Pakar Perunding Psikiatri itu berkata, berdasarkan temu bual dengan Mahathir Hashim, bapa Zara itu didapati mempunyai profil psikiatri yang kompleks, dicirikan oleh gangguan dari segi kognitif, emosi dan hubungan interpersonal.

"Kami sedang melihat faktor kecenderungan genetik.

"Sesetengah penyakit mental seperti kemurungan atau gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD) bukanlah sesuatu yang luar biasa dan boleh diwarisi dalam keluarga.

"Namun, kami tidak mengesahkan hipotesis ini kerana kami tidak pernah memeriksa Zara," katanya kepada Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Beliau turut menambah bahawa Mahathir juga mempunyai sejarah masalah berkaitan penyalahgunaan bahan sejak usia muda.

Dr Wong menjawab soalan peguam Mahathir, Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip, mengenai kepentingan memasukkan dapatan diagnosis terhadap bapa Zara Qairina bagi membantu menentukan keadaan mental kanak-kanak itu sebelum kematiannya.

Zara Qairina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang di tingkat bawah asrama perempuan sekolah berkenaan di Papar pada 16 Julai.

Beliau meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya pada 17 Julai.

Prosiding inkues ditangguhkan dan akan disambung semula bulan hadapan.

Tiada ulasan: