Sabtu, 18 Julai 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

SABTU 18 JULAI  2026

PERANG  DITERUSKAN

SERANG MENYERANG HARI KE 7


AMERIKA
Mat Teram beri ucapan di TV Amerika. Mat Teram klim China masuk campur Pemilihan Presiden 2020 – Teram kalah – Biden menang.

Semua tahu INI TAKTIK TERAM untuk tolak  PRU TENGAH TAHUN bulan   November ini.

TeraM pasti kalah. Demokrat akan masuk dan kuasai KONGRES – maka akan berjalan PEMECATAN.

TERAM AKAN DI PECAT : KES GILA !

Maka dari sekarang Teram kempen undi tak boleh pakai – TIPU TIPU TIPU – bila Teram kalah bulan November maka TERAM akan   kata TIPU  TIPU TIPU .

PERANG SERANG MENYERANG MASUK HARI KE 7 – Iran serang semua barau Amerika – tapi belum serang Saudi.

Di YAMAN HOUTHI akan tutup Selat Bab Al Mandap – kah kah kah –

HARGA MINYAK DAH NAIK 88 dolar 55 sen satu tong – kah kah kah – kalau perang berterusan dalam 1 minggu minyak BRENT CRUDE MENTAH akan naik 100 dolar satu tong.

MINYAK SIMPANAN AMERIKA MAKIN SUSUT.

Taktik IRAN betul – teruskan perang hingga bulan November – harga minyak naik – Teram kalah di Amerika – bulan Oktober Netanyahu juga akan kalah di Israhell. Amin.

PROJEK PERPADUAN UMMAH BERJALAN LANCAR. Ini dibuktikan dengan pembahagian kerusi.

BERSATU  parti CERET BERET akan kacau  langkah Perpaduan Ummah – Apakah Malikul Sembab akan kerja sama dengan Madafaka?

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk – matahari dah muncul sinar lemah. Kemarin hujan petang dan hujan malam – lopak air disana sini.

KL & KL Sentral berkabus nipis. Langit  pucat putih – masih belum  membiru.

Pagi ini unggas  gumbira – Murai  berkicau – Terkukur berlagu – suara Pipit di dengar dalam sawah rumput – tapi hanya  satu dua ekor yang terbang yang lain tak kelihatan – Cengkerik gumbira bersimponi – bumi basah.

Ha ha – Pagi ini di Wakaf Pertama – ramai datang makan. Siti dan Puppy Itam ada sama. Ibu Garang pun ada – tapi dah berbudi. Gua beri nasi atas makam.

Dekat Pokok Ara ada lopak air -  bila gua tabur friskies semua datang makan. Sampai ke Wakaf Pertama lagi ramai menunggu.

Gua tabur jauh jauh  di atas jalan – agar tak bergaduh. Tiong Solo datang makan sama – Gua gumbira.

Hari ini gua harap akan panas – jap lagi nak ke Chow Kit. Malam kemarin gua di NSK – Tomato masih mahal 10 ringgit sekilo – Tomato Cheri 15 ringgit sekilo – gua tak beli.  Nak tengok harga di Chow Kit. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SABTU

BRO
Kemarin hanya dalam ingatan lu. Hari ini dalam tangan lu – esok harapan lu.

BRO
Lu jangan peduli masa lalu – lu jalani hidup untuk hari ini.

BRO
Lu jangan masuk penjara masa lalu – lu ketawa bila  ingat masa lalu -Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: