Ahad, 19 Julai 2026

KERAJAAN MADAFAKA KAN RUNTUH


    INI TANDA

KERAJAAN

 MADAFAKA

AKAN RUNTUH

AMIN

HANYA TUNGGU

MASA & KETIKA

KAH KAH KAH

KHALAS


Pemuda PH desak menteri, timb menteri BN letak jawatan

Pemuda Pakatan Harapan (PH) mendesak semua menteri dan timbalan menteri daripada Barisan Nasional (BN) meletakkan jawatan susulan kerjasama terbuka gabungan itu dengan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri Negeri Sembilan dan Johor.

Sayap pemuda PH itu berkata tindakan BN bekerjasama dengan PN menunjukkan gabungan berkenaan tidak lagi menghargai kepercayaan serta kedudukan yang diberikan Perdana Menteri Anwar  bin Ibrahim kepada pemimpinnya dalam Kerajaan Perpaduan.

“Malahan, mereka lebih cenderung kepada percaturan politik sempit demi kepentingan jangka pendek.

“Kami menempelak kenyataan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, yang menyatakan secara terbuka bahawa sokongan pengundi kepada calon BN dan PN di peringkat negeri merupakan medan uji formula dan berpotensi diterjemahkan kepada skala nasional menjelang PRU16.

“Pengakuan pengerusi BN menunjukkan bahawa kerjasama BN-PN tersebut bukan lagi bersifat sementara atau taktikal.

“Sebaliknya, ia merupakan persediaan ke arah pembentukan jajaran politik baru yang menimbulkan persoalan serius terhadap komitmen BN dalam Kerajaan Perpaduan,” kata Pemuda PH pada kenyataan hari ini.

Penamaan calon PRN Negeri Sembilan semalam menyaksikan BN dan PN mengatur pembahagian kerusi bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.

BN bertanding di 25 kerusi manakala PN meletakkan calon di 11 kerusi. Kesemua calon kedua-dua gabungan itu berdepan PH di 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tiada ulasan: