Jumaat, 24 Julai 2026

TERAM KAKI GERTAK


WOIT TERAM

JANGAN CAKAP

SERANG DAN BAWA

ASKAR MENDARAT

KAH KAH KAH

CAKAP GERTAK

ANCAM TAK GUNA

KAH KAH KAH

KHALAS


Iran, sekutu bakal alami hukuman ketenteraan yang besar - Ugut Trump


TEHRAN: Amerika Syarikat (AS) dan Iran semalam saling mengugut untuk meningkatkan serangan antara satu sama lain selepas sekutu Tehran, Houthi menyerang kapal tangki minyak Arab Saudi yang menyaksikan harga minyak dunia terus melonjak.

Presiden AS, Donald Trump menegaskan Washington akan mempertanggungjawabkan Iran atas tindakan Houthi itu, sekali gus memberi amaran bahawa Tehran bersama sekutunya bakal mengalami 'hukuman ketenteraan yang besar.'

Peningkatan ketegangan itu menyebabkan harga minyak mentah Brent melonjak lebih tujuh peratus hingga melepasi paras AS$100 setong buat kali pertama sejak Mei lalu, manakala pemimpin dunia menyuarakan kebimbangan berikutan serangan kumpulan pejuang di Yaman itu terhadap kapal tangki minyak di Laut Merah.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memberi amaran bahawa situasi kini berada di ambang krisis yang sukar dibendung.

"Keadaan semakin tidak terkawal. Ia berada di ambang sesuatu yang tidak dapat dibayangkan.

"Satu demi satu krisis mendorong kepada konflik yang lain. Setiap peningkatan ketegangan mencetuskan pergolakan yang seterusnya," katanya pada mesyuarat Majlis Keselamatan PBB.

Presiden Bank Pusat Eropah, Christine Lagarde pula memberi amaran bahawa kejutan terhadap 'pasaran tenaga boleh bertambah buruk' dan meningkatkan kadar inflasi, sekali gus mengukuhkan jangkaan kenaikan kadar faedah Eurozone pada September depan.

Turut menyuarakan kebimbangan ialah Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius yang menekankan bahawa konflik itu boleh membawa kesan amat teruk terhadap negara pengimport minyak.

"Tiada apa - langsung tiada apa - yang menunjukkan gencatan senjata, apatah lagi keamanan, boleh dicapai," katanya.

Perang itu kembali memuncak bulan ini selepas berakhirnya gencatan senjata yang hanya bertahan selama beberapa minggu, sekali gus mengembalikan rantau ini ke dalam kancah huru-hara yang turut menyaksikan Iran dan AS saling berebut untuk menguasai Selat Hormuz.

"Serangan balas angkatan tentera akan diteruskan selagi AS masih menyerang infrastruktur dan kawasan pantai Iran," kata jurucakap tentera Iran, Mohammad Akraminia, menurut televisyen kerajaan.

Kumpulan Houthi menyertai konflik itu, minggu ini, dengan mengisytiharkan sekatan terhadap pelabuhan Arab Saudi serta mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas kapal tangki minyak di Laut Merah.

Jordan dan Kuwait pula memaklumkan berjaya memintas beberapa serangan ketika tentera serta Pengawal Revolusi Iran mendakwa menyasarkan aset AS di kedua-dua negara berkenaan.

Lewat semalam, Trump melalui media sosial mengumumkan AS akan mula menggunakan aset Iran yang dibekukan dan kini berada dalam genggaman serta kawalan AS untuk membayar pampasan atas 'sebarang dan semua kerosakan yang dialami kapal, kargo atau apa saja yang berkaitan' di rantau ini.


Tiada ulasan: