Jumaat, 24 Julai 2026

TERBAKAR - DI BAKAR ?


BETUL KE

TENGKU FRAUD

ADA TANAH KAT 

SITU DAN NAK

BUAT KONDO ?

AMIN 

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

AMIN



Kebakaran Pasar Borong Selangor dipadam sepenuhnya - Bomba


KUALA LUMPUR: Kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, dekat sini, berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.20 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata operasi kini tertumpu kepada kerja pemeriksaan dan memadam sisa kebakaran.

Ashrul berkata, pihaknya sedang menunggu bantuan jengkaut untuk membongkar sisa runtuhan bagi memastikan tiada mangsa terperangkap.

"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.20 pagi.

"Kerja pemeriksaan dan memadam sisa kebakaran sedang giat dijalankan, selain menunggu bantuan jengkaut untuk membongkar runtuhan bagi memastikan benar-benar tiada mangsa," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ashrul berkata, pegawai Unit Forensik JBPM turut tiba di lokasi bagi menjalankan siasatan.
    
Katanya, kebakaran membabitkan lot kedai menjual perkakas elektrik dan peralatan dapur di Blok B4 pasar borong berkenaan.

Premis berkeluasan kira-kira 400 meter persegi itu musnah 90 peratus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Terdahulu, BH melaporkan anggota JBPM berdepan risiko tinggi ketika memadam kebakaran besar itu susulan kewujudan kira-kira 2,000 tin gas metana di dalam premis hingga mencetuskan beberapa siri letupan pada peringkat awal kejadian.

Operasi turut berdepan kekangan apabila lima pili bomba berhampiran tidak dapat digunakan kerana berada di bawah seliaan pihak swasta, selain api marak dengan pantas akibat tiupan angin kuat.

Kebakaran turut merebak ke beberapa premis berhampiran, namun berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan utama pasar yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Tiada ulasan: