Khamis, 27 Ogos 2026

DUNIA MAKIN PANAS - HASIL KERJA UMAT MANUSIA1


DUNIA MAKIN

PANAS

AMIN

KITALAH YANG

MEMBUATKAN

DUNIA PANAS

AMIN

MASIH ADAKAH

YANG TAK CAYA

IKLIM KITA

MAKIN PANAS?

AMIN

Perubahan iklim tingkat risiko banjir dahsyat Himalaya, kata pakar

HONG KONG: Perubahan iklim menyebabkan keadaan yang boleh menjejaskan kestabilan batuan dan ais di kawasan pergunungan tinggi.

Ini secara langsung meningkatkan kemungkinan bencana seperti banjir yang melanda Himalaya di sempadan Nepal dan Tibet, China, minggu ini dan mengorbankan 165 orang, kata saintis.

Pihak berkuasa pada Khamis berkata sekurang-kurangnya 800 warga asing antara hampir 1,500 individu yang masih hilang, sehari selepas gelongsoran besar lumpur dan batu runtuh ke dalam sungai di Himalaya, menyebabkan banjir besar melanda bandar serta lembah di Nepal.

"Perubahan iklim mewujudkan keadaan yang boleh menjejaskan kestabilan batuan dan ais di kawasan pergunungan tinggi," kata Ketua Saintis program Mountains to Sea di Earth Sciences New Zealand, Simon Cox.

Keadaan itu, katanya, seterusnya menyebabkan runtuhan dan bencana susulan seperti yang berlaku minggu ini menjadi lebih kerap.

Walaupun punca tepat bencana pada Rabu masih dianalisis, saintis berkata ia dipercayai bermula dengan runtuhan salji batu dan ais besar-besaran di cerun utara puncak Langtang Lirung di Nepal ke Sungai Lhende Khola di sebelah Tibet.

Sekurang-kurangnya enam loji janakuasa hidroelektrik utama serta infrastruktur di hab perdagangan Pelabuhan Gyirong rosak dalam rangkaian bencana berperingkat merentasi sempadan yang dicetuskan oleh runtuhan awal itu.

Kejadian berkenaan turut mengubah aliran sungai lebih 100 kilometer (km) ke hilir, berhampiran sempadan India.

Walaupun pakar mengingatkan jangan menganggap perubahan iklim sebagai satu-satunya pencetus serta-merta runtuhan pada Rabu, mereka berkata peningkatan suhu dan pencairan glasier berkemungkinan memainkan peranan dalam bencana itu.

Cox berkata pemanasan boleh mengurangkan sokongan ais di cerun curam, meningkatkan air cair serta mengubah corak pembekuan, pencairan dan hujan, yang boleh melemahkan lereng gunung selain meningkatkan kemungkinan berlakunya runtuhan besar di sesetengah kawasan. - REUTERS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebelum zaman ais bumi berada dalam fasa iklim yang lebih panas dan lembap dikenali sebagai fasa rumah hijau.

adakah berubah atau kembali kepada asal..?

manusia lebih mudah hidup pada msuim sejuk atau musim panas ?