INI BUKTI
SUMO WARIKH
NOGORI BONCI
MADOFAKO
AMIN
SUMO NAK
HUMBAN
NUAR BERAIM
KE DALAM TOBEK
KAH KAH KAH
KHALAS
Semua calon Melayu PH tewas PRN Negeri Sembilan
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang melabuhkan tirainya kelmarin menyaksikan Pakatan Harapan (PH) gagal mempertahankan penguasaan dalam kalangan pengundi Melayu apabila kesemua calon Melayunya tewas di kerusi yang ditandingi masing-masing.
Keputusan rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) muncul pemenang dengan menguasai 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diikuti PH yang memenangi 11 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) tujuh kerusi.
Sebelum ini, Pengerusi PH, Anwar bin Ibrahim mengumumkan senarai 36 calon gabungan itu pada 1 Ogos lalu dengan menggabungkan muka baharu serta pemimpin berpengalaman daripada PKR, DAP dan AMANAH.
Daripada keseluruhan calon yang diketengahkan seramai 22 adalah calon Melayu.
Bagaimanapun, keputusan PRN menunjukkan kesemua 22 calon Melayu PH gagal memenangi kerusi ditandingi, sekali gus menyebabkan kesemua 11 kerusi yang dimenangi gabungan itu disumbangkan oleh calon bukan Melayu.
Apa yang lebih menarik ialah kekalahan beberapa nama besar yang sebelum ini mempunyai rekod cemerlang dalam politik Negeri Sembilan termasuk Aminuddin.
Beliau sebelum ini pernah menerajui pentadbiran negeri sebagai Menteri Besar selama dua penggal bermula 2018 sehingga pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun ini.
Aminuddin, yang juga Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Negeri Sembilan, sebelum ini dianggap antara pemimpin PH paling berpengaruh di negeri berkenaan.
Sepanjang pentadbirannya, beliau mengetuai kerajaan negeri ketika PH membentuk kerajaan pada 2018 sebelum meneruskan pentadbiran selepas PRN 2023 menerusi kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
Malah, keputusan PH menamakan Aminuddin sebagai calon di DUN Linggi dilihat sebagai antara strategi utama gabungan itu untuk menampilkan kepemimpinan berpengalaman dan tokoh yang mempunyai rekod pentadbiran negeri sebagai sandaran bagi mengekalkan sokongan rakyat, khususnya pengundi Melayu.
Selain Aminuddin, kekalahan Noorzunita Begum di DUN Pilah turut menjadi perhatian kerana beliau bukan sahaja merupakan antara pemimpin wanita kanan PKR di negeri itu, malah penyandang kerusi berkenaan.
Noorzunita Begum sebelum ini memenangi kerusi DUN Pilah pada PRN 2023 dan berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sepanjang penggal lalu.
Keputusan PH mengekalkannya sebagai calon memperlihatkan keyakinan gabungan itu terhadap prestasi serta rekod khidmat beliau di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, status sebagai penyandang tidak mampu diterjemahkan kepada kemenangan apabila beliau turut tewas, sekali gus menunjukkan kelebihan sebagai wakil rakyat sedia ada bukan lagi faktor dominan dalam mempengaruhi corak pengundian kali ini.
Kekalahan Aminuddin dan Noorzunita Begum dilihat mencerminkan bahawa PH bukan sahaja gagal mempertahankan sokongan terhadap calon baharu, malah turut gagal mengekalkan pengaruh pemimpin yang mempunyai rekod pentadbiran dan pengalaman sebagai penyandang.
Keputusan itu menggambarkan cabaran besar PH dalam mendapatkan semula sokongan pengundi Melayu di Negeri Sembilan, khususnya di kawasan majoriti Melayu.
Meskipun PH masih mengekalkan penguasaan di beberapa kawasan bandar dan separa bandar menerusi kemenangan calon bukan Melayu, namun prestasi gabungan itu dalam kalangan calon Melayu dijangka menjadi antara fokus utama analisis pasca pilihan raya, terutama dalam menilai strategi pemilihan calon, pendekatan kempen serta keberkesanan naratif yang dibawa kepada pengundi.
Corak pengundian itu juga berpotensi memberi isyarat awal kepada landskap politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), apabila sokongan pengundi Melayu terus menjadi antara faktor penentu dalam persaingan antara gabungan politik di negara ini.


3 ulasan:
TT gumbira dengan keadaan politik sekarang. Nampaknya TT tak kesah masalah Tabung Haji. Lebih RM10 biliun kerugian yang tak dijelaskan, duit hilang. Berapa pakcik makcik Melayu yang dah buat caruman selama berapa dekad untuk mengumpul RM10 biliun? Tanya saja, jangan marah ya
Kalau masuk group pencuri perompak perasuah semua diterima, semua mendapat tempat di hati fikiran orang kita, mana-mana yang sembang kencang nak hapus rasuah nak hapuskan pencuri nak hapuskan perompak akan ditolak akan disusuli kekecewaan, sebab utama seronok mendapat percuma bantuan subsidi mentaliti begitu kah kah kah kah semuanya dapat tanpa bekerja tanpa berusaha sebab menjadi tuan tanah seronok kah kah kah kah
Bukan PH je bungkuih geng malikul sembab pn banyak yg hilang suit kahkah..pueh ati den
Catat Ulasan