TERAM NAK
BERUNDING
DENGAN SAPA?
KAH KAH KAH
BERUNDING
DIMANA
KAH KAH KAH
IRAN BUAT
DEEK AJE
KAH KAH KAH
ANCUK OMAK KAO
TERAM DAH KALAH
PELURU DAH ABIH
KAH KAH KAH
KHALAS
Trump masih harapkan penyelesaian diplomatik tamatkan perang AS-Iran
WASHINGTON: Rundingan damai baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran akan bermula esok, kata Presiden Donald Trump, namun Tehran menafikan sebarang persetujuan ke arah itu.
Trump berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau membatalkan rancangan melancarkan serangan baharu terhadap Iran bagi memberi peluang kepada penyelesaian secara diplomatik.
"Jelas sekali mereka tidak mahu diserang. Mereka tahu sejauh mana persiapan serangan itu kerana mereka melihat segala persediaan sedang dilakukan.
"Kini, apa yang kami lakukan ialah berunding dengan mereka. Rundingan itu akan bermula esok (Isnin) petang," katanya kepada pemberita di dalam pesawat Air Force One semalam.
Disyorkan
Anak nelayan Kampung Alai kini terajui SPRM
Cukuplah, jangan ganggu saya lagi - Nur Fazura
Syahmi sumbang emas keenam Malaysia
PRN NS: 'Saya tidak tuduh sesiapa, tapi jangan cabar saya' - Anwar
Bagaimanapun, Trump tidak mendedahkan lokasi atau pihak yang terbabit dalam rundingan itu.
Pada Sabtu, Trump menarik balik ancaman untuk melancarkan serangan dahsyat besar-besaran terhadap Iran yang didakwanya mampu menjadi serangan terbesar sejak Perang Dunia Kedua.
Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana masih ada peluang untuk mencapai persetujuan.
Mengulas lanjut mengenai keputusan itu, Trump berkata beliau diminta oleh Iran serta sekutu AS iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar supaya membatalkan serangan berkenaan.
"Apabila sekutu meminta supaya ia dibatalkan, kita perlu mempertimbangkan. Mereka berbuat demikian kerana percaya masih ada ruang untuk mencapai perjanjian," katanya.
Menurut beliau, perjanjian itu membabitkan Selat Hormuz sebelum disusuli persetujuan mengenai isu nuklear atau pelucutan program nuklear Iran.
Trump sekali lagi menegaskan serangan yang dirancang itu akan menjadi serangan terbesar sejak Perang Dunia Kedua sekiranya tida mendapat kerjasama Iran.
"Ia (Iran) akan memerlukan masa bertahun-tahun untuk dibangunkan semula, jika ia masih boleh dibina semula. Saya sendiri tidak fikir ia boleh dipulihkan," katanya.
Trump juga berkata, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, menggesanya supaya tidak meneruskan serangan itu kerana bimbang ia akan mencetuskan kesan buruk yang tidak dijangka.
"Mereka mungkin dibanjiri kemasukan orang ramai ke negara mereka dan pelbagai bencana lain boleh berlaku. Banyak perkara buruk boleh terjadi," katanya.
Konflik antara AS, Israel dan Iran bermula pada 28 Februari apabila AS dan Israel melancarkan serangan mengejut ke atas Iran.
Walaupun beberapa rundingan diplomatik berjaya meredakan ketegangan buat sementara waktu, perjanjian gencatan senjata gagal dipertahankan.
Iran kemudian mengetatkan kawalan di Selat Hormuz, laluan penting bagi bekalan tenaga dunia, ketika kedua-dua pihak kembali saling melancarkan serangan sejak beberapa minggu lalu. - AFP


Tiada ulasan:
Catat Ulasan